Persatuan pengguna tidak menolak kemungkinan bahawa harga barang akan kekal mahal meskipun harga minyak dijangka turun, awal tahun depan.
Setiausaha agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk Paul Selvaraj berkata, kebiasaanya peniaga akan mengambil kesempatan ke atas penurunan harga minyak dengan tidak menurunkan harga barang jualan mereka.
"Apabila ia (harga minyak) naik, ia akan memberi kesan pada semua... dan saya harap apabila ia turun, ia akan memberi kesan (baik) juga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun beliau berharap penurunan harga minyak itu nanti akan memberi kebaikan kepada pengguna dan berharap agar peniaga tidak mengambil kesempatan.
Dalam pada itu, Selvaraj berkata, pengguna juga harus berhati-hati dan mencari alternatif lain bagi mengelakkan diri dari dibebani kos yang tinggi.
"Mereka juga harus beri tekanan kepada para peniaga dan harus tunjukkan bahawa mereka tidak gembira dengan tindakan para peniaga tersebut," katanya.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah turut bersetuju bahawa harga barang tidak mungkin akan turun.
"Dari segi kos akan menurun... sama ada harga barang akan turun, itu tidak pasti. Dari pengalaman, bila naik semua akan naik tetapi bila turun ia tidak menampakkan apa-apa perubahan," katanya.
Jelas beliau, keadaan tersebut akan berterusan melainkan kerajaan mengambil tindakan atau menggubal dasar bagi menguatkuasakan perkara ini.
Katanya, penurunan harga minyak hanya akan memberi sedikit kelegaan dari segi harga minyak yang lebih murah kepada pengguna.
Beliau juga menyeru kepada para peniaga supaya berkongsi kelebihan yang diperolehi dengan menurunkan harga barang apabila harga minyak telah turun.
Kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Disember.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya.
Beliau berkata berikutan penurunan harga minyak itu, peniaga diminta menurunkan harga barang keperluan harian memandangkan harga barang masih tinggi dan belum diturunkan walaupun harga bahan api sudah diturunkan sebelum ini.
Haider Yutim
Fri Dec 19 2014
Datuk Paul Selvaraj berharap penurunan harga minyak itu nanti akan memberi kebaikan kepada pengguna. Foto fail
Batu Puteh: Keputusan tidak teruskan semakan dan tafsiran dibuat tanpa rujuk Jemaah Menteri
Keputusan dibuat Dr Mahathir pada 21 Mei 2018 secara bertulis kepada Peguam Cara Negara, tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri dan dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018.
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
Rusia kecam AS kerana pemindahan aset ke Ukraine
Kementerian Luar Negeri Rusia menyatakan bahawa pemindahan 20 bilion dollar oleh Amerika Syarikat kepada Ukraine, yang dibiayai menggunakan aset Rusia yang dibekukan, merupakan tindakan "rompakan semata-mata".
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Kementerian itu menuduh negara-negara G7 mencuri aset kedaulatan Rusia dan menganggap langkah Jabatan Perbendaharaan Amerika sebagai bentuk pengambilan wang yang tidak sah.
Presiden Korea harus digantung serta merta - Ketua PPP
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-Hoon menyatakan Presiden Yoon Suk Yeol harus digantung serta-merta daripada tugasnya.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Menurut Han, satu-satunya cara ialah penggubal undang-undang daripada parti pemerintah perlu melakukan undian untuk pendakwaan ke atas Yoon.
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Perlu penguatkuasaan tegas, pastikan penurunan harga beras putih import tercapai
Ia bagi memastikan matlamat kerajaan menurunkan harga makanan ruji rakyat Malaysia itu tercapai.
Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International
Presiden FOMCA Datuk N. Marimuthu dipilih semula sebagai Presiden Consumers International bagi penggal kedua.
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna
NanoVerify-FOMCA meterai MoU bagi sahkan produk nano kepada pengguna | Dagang News
Gantung lesen premis jika gagal kawal pelanggan - Fomca
Tindakan tegas seperti menarik atau membatalkan lesen sekiranya kesalahan berganda berlaku perlu dikenakan oleh penguat kuasa.
Hari Hak-Hak Pengguna: COVID-19 bantu kurangkan penggunaan plastik sekali guna
COVID-19 telah mewujudkan perubahan kepada trend pengguna apabila pengguna mula membawa bekas sendiri untuk tapau makanan.
Tahap kesedaran rendah punca isu sampah plastik tidak terurus terus meruncing
Kesan penggunaan plastik akan dirasai apabila masyarakat tidak bertanggungjawab secara berterusan membuang plastik secara tidak terurus.
Pengeluaran KWSP bantu golongan sasar - FOMCA
Pengeluaran Akaun 1 KWSP dilihat dapat membantu memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.
Adakah memadai hukuman denda kepada 'penjahanam' sungai?
Undang-undang terhadap perosak alam sudah ada, namun memadaikah usaha mengenakan hukuman denda kepada pelaku?
FOMCA saran kerajaan lanjutkan moratorium sehingga Disember
FOMCA meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember 2020.
Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Peningkatan secara mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu menimbulkan kebimbangan FOMCA.