Skip to main content

Bisnes

Harga saham Zetrix AI susut pada sesi pagi susulan penggantungan oleh JPJ

Pada 11 ​​pagi, harga saham Zetrix AI susut empat sen kepada 7.5 sen, dengan sejumlah 686.57 juta saham diniagakan. - Foto Astro AWANI
Pada 11 ​​pagi, harga saham Zetrix AI susut empat sen kepada 7.5 sen, dengan sejumlah 686.57 juta saham diniagakan. - Foto Astro AWANI

Advertisement

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Harga saham Zetrix AI Bhd merosot semasa pertengahan dagangan pagi berikutan penggantungan perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai ejen pemungut bagi pihaknya berkuat kuasa 12.01 pagi pada 5 Okt.

Pada 11 ​​pagi, harga saham Zetrix AI susut empat sen kepada 7.5 sen, dengan sejumlah 686.57 juta saham diniagakan.

Pada Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan, serta kedudukan obligasi yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat berkenaan.

“Selaras dengan keputusan itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai tarikh berkenaan.

“JPJ memberi jaminan bahawa urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai akan diteruskan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan,” katanya dalam kenyataan.

Aedy Fadly berkata bagi tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang telah dibuat melalui saluran MYEG sebelum 5 Okt, ia kekal sah dan boleh diteruskan mengikut jadual.

-- BERNAMA 

 

 

Must Watch Video

Advertisement