awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik

Bernama
Bernama
13/02/2025
09:00 MYT
Honda, Nissan batal pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik
Walaupun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain, termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan. -Gambar fail/Reuters
TOKYO: Honda Motor Co dan Nissan Motor Co membatalkan rancangan penggabungan, selepas rundingan gagal kurang dua bulan selepas pengumuman dibuat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Ringkasan AI
  • Honda Motor Co dan Nissan Motor Co membatalkan rancangan penggabungan mereka selepas rundingan gagal, walaupun pelan itu sepatutnya menjadikan mereka kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
  • Walaupun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain, termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan.
  • Pada Disember lalu, kedua-dua syarikat merancang untuk memuktamadkan rundingan menjelang Jun 2025 dan menubuhkan sebuah syarikat induk menjelang 2026 untuk menyelia operasi jenama masing-masing, dengan tujuan mengurangkan kos dan meringankan beban kewangan dalam pembangunan kenderaan elektrik dan perisian.

Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.
Meskipun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, iaitu rakan kongsi Nissan, menurut kenyataan syarikat berkenaan.
Pada Disember lalu, kedua-dua syarikat merancang untuk memuktamadkan rundingan menjelang Jun 2025 dan menubuhkan sebuah syarikat induk menjelang 2026, yang akan menyelia operasi jenama masing-masing.
Penggabungan itu dijangka dapat mengurangkan kos serta meringankan beban kewangan dalam pembangunan kenderaan elektrik dan perisian, sekali gus membolehkan mereka bersaing dengan pesaing global seperti Tesla Inc dan BYD Co.
Ketika pengumuman dibuat, Honda menetapkan pemulihan operasi Nissan sebagai syarat utama perjanjian itu.
Kedua-dua syarikat pada asalnya bercadang untuk mengumumkan butiran lanjut mengenai perkongsian mereka pada akhir Januari tetapi menangguhkan pengumuman itu ke pertengahan Februari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Honda
#Nissan
#batal rancangan penggabungan
#perkongsian strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan