KUALA LUMPUR: HRD Corp kini bakal menggalas tanggungjawab yang lebih besar apabila diumumkan selaku agensi yang akan menjadi pusat bagi semua program-program pembangunan modal insan di negara ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

Jelas Perdana Menteri ia bersesuaian Peranan yang dimainkan HRD Corp yang semakin penting sepanjang tempoh 18 bulan ini, apabila memperkenalkan pelbagai program untuk melindungi pekerjaan sedia ada dan mencipta peluang baharu untuk rakyat Malaysia.

Malah bersempena dengan pelancaran platform sehenti nasional pertama negara, UpskillMalaysia, HRD Corp bakal menampilkan senarai komprehensif program latihan dan pembangunan kemahiran yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp Datuk Shahul Dawood Pelbagai program telah diwujudkan oleh bagi melahirkan pekerja bahkan usahawan berjaya sebelum ini dan kini tiba masanya ia wajar melangkah lebih jauh.

“Saya kira sudah tiba  masanya untuk HRD Corp untuk melakukan penjenamaan semula untuk bersaing dan seiring dengan cabaran yang ada dalam pasaran. Jenama yang ada kini sudah berusia 28 tahun dan ia merupakan jenama yang kukuh dan seandainya jika ia mahu dijenamakan maka ia memerlukan pelan yang komprehensif dan baik selain perlaksanaan yang cemerlang.” Jelasnya selepas menyaksikan Pelancaran Jenama HRD Corp Dan Platform Sehenti Program Kemahiran Nasional disempurnakan oleh Perdana Menteri pada Khamis.

Malah cabaran dan tanggungjawab HRD Corp kini juga adalah lebih besar selepas Perdana Menteri mengumumkan HRD Corp kini turut akan memainkan peranan selaku pusat pembangunan modal insan.

Namun jelas Datuk Shahul pihaknya bersedia menggalas tugas terbaharu itu dengan amanah selari dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh kerajaan.

“Kita telahpun menambah pelbagai program-program yang baharu sesuai dengan kehendak pasaran  ketika ini. Malah kita juga telah melebarkan lagi skop program sedia ada. Ia tidak lagi hanya memberi fokus kerpada lepasan graduan atau pekerja tetapi kita ada banyak lagi program.

“Jadi saya kira penjenamaan semula ini adalah amat penting bagi memastikan kita kekal bersaing dalam industri dan berdepan dengan cabaran baharu yang ada dalam pasaran ketika ini.”Jelasnya.

HRD Corp juga telah melancarkan platform pembelajaran dalam talian percuma e-LATiH yang telah menerima penyertaan sebanyak 400,000,000 dalam semua kursusnya dan membangunkan HRD Corp Placement Center (HPC) yang menawarkan hampir 40,000 peluang pekerjaan selain penempatan dengan beberapa majikan terkemuka di Malaysia.

Malah sehingga kini, lebih 200 program dalam 35 bidang kemahiran ditawarkan oleh 28 kementerian dan agensi menerusi platform UpskillMalaysia.


Malah peranan HRD Corp sewajarnya pantas dipuji oleh Perdana Menteri dalam ucapan pelancaran semalam yang menyifatkan pentingnya peranan yang dimainkan agensi tersebut ketika ini kepada negara.

“Saya yakin, HRD Corp mampu terus menyokong visi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi berteraskan ekonomi digital, melalui pembangunan aset negara yang paling berharga, yakni Keluarga Malaysia sendiri.”Kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Pelancaran Jenama HRD PM | HRD Corp kini berperanan lebih besar