awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IKEA rancang buka kedai fizikal di Sarawak

Bernama
Bernama
20/03/2025
08:30 MYT
IKEA rancang buka kedai fizikal di Sarawak
Pengarah Runcit Negara Malaysia IKEA Malcolm Pruys bercakap pada majlis taklimat dan lawatan media di Pusat Pemenuhan IKEA, Taman Perindustrian Demak Laut di sini, hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: IKEA iaitu peruncit kelengkapan rumah dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.
Pengarah Runcit Negara Malaysia IKEA Malcolm Pruys berkata sebagai langkah pertama, IKEA sudah melancarkan platform e-dagang pada 4 Feb, khusus untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjadikan produk keluaran syarikat itu lebih mudah diakses di seluruh negara.
"Kedai dalam talian ini adalah sejajar dengan komitmen kami bagi meneroka kaedah baharu untuk berinteraksi dengan jenama kami.
"Kami sedang menangani kebolehcapaian utama dan masalah kos yang pernah dialami pelanggan di rantau ini, menjadikan membeli-belah produk IKEA lebih mudah dan selesa," katanya pada majlis taklimat dan lawatan media di Pusat Pemenuhan IKEA, Taman Perindustrian Demak Laut di sini, hari ini.
Pruys berkata memandangkan inflasi kini di paras sederhana, IKEA percaya ini adalah masanya bagi peruncit untuk melabur dalam penentuan harga dan bukannya keuntungan.
"IKEA memahami bahawa orang ramai secara amnya lebih berhati-hati apabila berbelanja untuk perabot rumah.
"Jadi, dengan platform e-dagang yang dikhaskan untuk tujuan itu, IKEA memastikan pelanggan di Malaysia boleh menikmati harga mampu milik ini," katanya.
Selain itu, beliau berkata, komitmen kukuh yang ditunjukkan oleh Sarawak kepada kelestarian alam sekitar adalah sejajar dengan usaha IKEA untuk memberi kesan positif kepada orang ramai, masyarakat dan planet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ikea
#membuka kedai fizikal
#Sarawak
#Malcolm Pruys
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan