awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikhlas Al Dain tawar pembiayaan kepada kontraktor PMKS

Shaznina Rozman
Shaznina Rozman
10/05/2023
08:29 MYT
Ikhlas Al Dain tawar pembiayaan kepada kontraktor PMKS
PMKS yang berjaya mendapatkan kontrak perolehan kerajaan persekutuan kini boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan daripada Ikhlas Al Dain Sdn Bhd. - Foto Ikhlas Al Dain
KUALA LUMPUR: Kontraktor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mendapatkan kontrak perolehan Kerajaan Persekutuan kini boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan daripada Ikhlas Al Dain Sdn Bhd.
Kontraktor-kontraktor terbabit tidak perlu lagi bimbang tentang mendapatkan pembiayaan atau menguruskan aliran tunai mereka apabila berjaya mendapat kontrak lantaran Ikhlas merupakan salah satu daripada 33 institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pembiayaan pemfaktoran.
Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas Al Dain, Razif Mohar berkata, syarikat perniagaan perseorangan (sole-propriertorship) dan perkongsian (partnership) layak memohon pembiayaan faktor di samping syarikat sendirian berhad dan koperasi.
"Kontrak-kontrak kerajaan seperti kontrak bekalan dan kontrak perkhidmatan boleh difaktorkan kepada pihak Ikhlas Al Dain," katanya ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI.
Ikhlas Al Dain: Pembiayaan alternatif bagi PMKS?
Tambah Razif, walaupun tiada nilai kontrak maksimum, namun pihaknya menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM5 juta bagi setiap kontrak.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat serta kelayakan setiap pemohon dan jenis kontrak.
"Tiada nilai minimum kerana sasaran pasaran Ikhlas adalah PMKS. Mereka masih boleh membiayai kontrak bernilai RM25,000 atau RM50,000," katanya.
Ikhlas Al Dain adalah sebuah institusi kewangan yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan (MoF) yang telah beroperasi lebih 10 tahun.
Kemudahan pemfaktoran adalah pembiayaan mudah alternatif dan kurang rumit, dengan kos yang munasabah untuk membantu kontraktor PMKS mengembangkan perniagaan mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan pemfaktoran yang disediakan, anda boleh layari www.ikhlasaldain.com atau menghubungi talian 03-7688 1014 .
Topic Berkaitan
#pemfaktoran
#Ikhlas Al Dain
#PMKS
#skim pembiayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan