awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelindan rentung, lori terbakar rempuh treler parkir tepi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2024
07:58 MYT
Kelindan rentung, lori terbakar rempuh treler parkir tepi jalan
Keadaan lori terbakar 100 peratus dalam kemalangan dekat bulatan LTU Mempaga, Bentong pada Isnin. - Gambar/ JBPM
BENTONG: Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pemandu lori terbabit cedera parah akibat kejadian tersebut.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.44 pagi.
"Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera pemadam dan EMRS dikerahkan ke tempat kejadian.
"Komander operasi melaporkan berlaku kebakaran lori bonded dan treler setelah berlaku kemalangan iaitu lori tersebut telah melanggar belakang treler yang sedang parkir di tepi jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujar beliau, kemalangan itu telah menyebabkan lori terbakar 100 peratus dan mangsa iaitu seorang lelaki dewasa cedera dan seorang lagi lelaki telah rentung di dalam lori.
Jelas Zulfadli, treler terbabit telah terbakar di bahagian belakang manakala pemandunya selamat.
Jelasnya, pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba dan operasi terkawal pada jam 6.03 pagi.
"Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lori terbakar
#kelindan rentung
#Bentong
#parkir tepi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan