ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 April 2026.
Pemecatan salah: Bekas juruterbang AirAsia diberi pampasan, tunggakan gaji RM147,400
Mahkamah Rayuan semalam memberikan pampasan dan tunggakan gaji sebanyak RM147,400 kepada bekas juruterbang AirAsia Berhad (AAB) yang dipecat secara salah semasa penularan pandemik COVID-19 pada 2020.
Jururawat maut terkena renjatan elektrik pemanas air
Seorang jururawat maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air di sini pada Isnin.
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima surat pemakluman peletakan jawatan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang.
Persiapan haji 1447H/2026M lancar, keselamatan jemaah diutamakan
Pihak pengurusan TH telah mengambil kira pelbagai kemungkinan senario dan melaksanakan langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan jemaah.
BDR penjawat awam bermula, penyampaian perkhidmatan beroperasi seperti biasa
Pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi sektor perkhidmatan awam Persekutuan di seluruh negara bermula Rabu (15 Apr).
PM Anwar arah KSN pantau pelaksanaan BDR, termasuk keberadaan penjawat awam - Fahmi
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, termasuk arahan supaya keberadaan penjawat awam disahkan sepanjang pelaksanaan BDR.
Bekas pengarah IPTA bergelar Datuk ditahan SPRM, disyaki salah guna RM1 juta
Seorang bekas pengarah pusat pendidikan di sebuah IPTA bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan menggunakan wang kira-kira RM1 juta bagi tujuan peribadi.
Dua kapal milik Malaysia dalam perjalanan pulang dari Selat Hormuz - Fahmi
Jurucakap Kerajaan MADANI itu berkata perkembangan tersebut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Diesel B12 dijangka di pam dalam tempoh sebulan - Akmal Nasrullah
Pelaksanaan campuran biodiesel baharu dijangka menyaksikan diesel B12 mula berada di pam dalam tempoh sebulan sebagai langkah awal ke arah peningkatan adunan bahan api lebih mampan.
Ustaz Kazim masuk ICU, saluran jantung sempit
Penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini akibat masalah saluran jantung sempit.