Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia stabil pada 2019 dan dalam jangka sederhana.
"Permintaan domestik dijangka kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan dengan penggunaan swasta dan pelaburan disokong oleh persekitaran perniagaan dan keyakinan pelabur yang bertambah baik.
"Ini akan mengimbangi sentimen negatif daripada persekitaran luar dan penyatuan fiskal, menjadikan pertumbuhan mendatar pada 4.7 peratus pada 2019 dan hampir kepada potensi (kira-kira 4.75 peratus) dalam tempoh jangka sederhana," kata IMF dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan IMF Executive Board yang memuktamadkan perundingan Article IV 2019 dengan Malaysia pada 15 Feb.
IMF berkata ekonomi Malaysia terus mencatatkan prestasi baik meskipun keadaan luaran yang tidak menentu di mana pertumbuhan berada pada purata di atas lima peratus dalam tempoh lima tahun lepas yang membawa kepada pendapatan perkapita lebih tinggi serta mengurangkan kadar kemiskinan yang telahpun rendah.
"Pertumbuhan ekonomi kini menyederhana, dan dianggarkan pada 4.7 peratus pada 2018 disokong oleh permintaan kukuh domestik dan luaran.
"Inflasi keseluruhan turun daripada purata 3.7 peratus pada 2017 kepada anggaran satu peratus pada 2018 apabila pelarasan harga minyak domestik ditangguhkan, Cukai Barang dan Perkhidmatan berkadar sifar dan penurunan inflasi harga makanan," kata agensi itu.
Bagaimanapun, IMF menjangka inflasi meningkat dan lebihan akaun semasa terus mengecil.
"Inflasi dijangka meningkat di atas paras dua peratus pada 2019, apabila kesan penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan telah mereda dan subsidi minyak menjadi bersasar.
"Dalam jangka sederhana, pertumbuhan dijangka tertumpu kepada potensi dan inflasi kekal rendah," kata agensi itu.
Para pengarah eksekutif IMF memuji pihak berkuasa atas prestasi kukuh ekonomi Malaysia dalam tempoh kebelakangan ini dengan menyatakan pertumbuhan itu adalah padu tanpa sebarang petanda tekanan inflasi.
Mereka bersetuju bahawa meskipun prospek jangka sederhana kekal menggalakkan, risiko pertumbuhan perlahan masih lagi ada terutamanya disebabkan oleh persekitaran luaran.
Selain itu mereka juga menggalakkan pihak berkuasa untuk terus melaksanakan dasar makroekonomi yang boleh dipercayai di samping melindungi pertumbuhan dan kestabilan kewangan, dan menjalankan pembaharuan struktur untuk meningkatkan pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Para pengarah bersetuju dengan langkah penyatuan fiskal yang dirancang secara beransur-ansur pada 2019 dan dalam jangka sederhana untuk menyokong pengurangan hutang dan mengukuhkan penampan fiskal.
Mereka menggalakkan pihak berkuasa untuk melaksanakan laluan fiskal jangka sederhana dalam rangka kerja fiskal yang kukuh yang akan bergantung kepada hasil dan langkah-langkah perbelanjaan yang diyakini.
"Menyedari akan nisbah hasil cukai Malaysia yang rendah, para pengarah menekankan bahawa mobilasi hasil perlu menjadi keutamaan, bukan hanya untuk menyokong penyatuan jangka sederhana tetapi juga membantu membiayai perbelanjaan yang diperlukan untuk mencapai keutamaan kerajaan yang dikenal pasti di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas," kata para pengarah IMF.
Mereka menyambut baik usaha berterusan untuk meningkatkan ketelusan fiskal.
Para pengarah IMF juga menyokong pendirian dasar monetari neutral.
"Pada masa depan, keadaan kewangan dan ekonomi domestik perlu terus menjadi panduan bagi keputusan dasar monetari dengan fleksibiliti kadar pertukaran menjadi pertahanan pertama menghadapi kejutan," kata mereka.
IMF juga berpendapat fleksibiliti kadar pertukaran boleh membantu mengukuhkan pasaran kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2019
IMF berkata ekonomi Malaysia terus mencatatkan prestasi baik meskipun keadaan luaran yang tidak menentu di mana pertumbuhan berada pada purata di atas lima peratus dalam tempoh lima tahun lepas. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.