awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India import 312,267 tan minyak sawit dari Malaysia pada Disember 2022

Bernama
Bernama
12/01/2023
20:20 MYT
India import 312,267 tan minyak sawit dari Malaysia pada Disember 2022
Pada November 2022, India mengimport 318,825 tan minyak sawit Malaysia, termasuk 283,425 tan MSM dan 29,900 tan minyak sawit olein RBD. - Gambar hiasan/BERNAMA
NEW DELHI: India mengimport 312,267 tan minyak sawit dari Malaysia pada Disember 2022 manakala keseluruhan import minyak makan globalnya pada bulan itu melebihi 1.5 juta tan.
Jumlah dagangan dari Malaysia terdiri daripada 257,525 tan minyak sawit mentah (MSM), 46,743 tan minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan 7,999 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO).
Bahagian minyak sawit dalam jumlah import minyak makan India pada Disember sebanyak 1.55 juta tan adalah 71 peratus, menurut data bulanan yang dikeluarkan hari ini oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India yang berpangkalan di Mumbai.
Pada November 2022, India mengimport 318,825 tan minyak sawit Malaysia, termasuk 283,425 tan MSM dan 29,900 tan minyak sawit olein RBD.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#minyak sawit
#Malaysia
#import minyak makan India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan