awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi kekal menyederhana pada 2022 - BNM

Bernama
Bernama
11/02/2022
07:05 MYT
Inflasi kekal menyederhana pada 2022 - BNM
Bank pusat terus berhati-hati terhadap perkembangan berterusan dalam permintaan dan tekanan kos dan terus terlibat secara aktif dengan pemain industri untuk memantau dinamik harga teliti apabila keadaan ekonomi bertambah baik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan inflasi kekal menyederhana pada 2022, lebih hampir kepada purata jangka panjangnya, manakala inflasi teras juga berkemungkinan kekal sederhana tahun ini.
Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank pusat akan terus berhati-hati terhadap perkembangan berterusan dalam permintaan dan tekanan kos selain terus terlibat secara aktif dengan pemain industri untuk memantau dinamik harga dengan teliti apabila keadaan ekonomi bertambah baik.
"Kami menjangkakan perbelanjaan isi rumah terus menyokong pertumbuhan tahun ini. Pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan pemulihan pasaran pekerjaan serta keadaan pendapatan adalah faktor yang akan meningkatkan aktiviti penggunaan.
"Bagaimanapun, perkembangan berkisar pandemik -- terutamanya jika penggunaan kapasiti penjagaan kesihatan mengalami tekanan - berserta tekanan terhadap harga akibat kekangan bekalan, ini mungkin boleh menjejaskan sentimen dan perbelanjaan sebenar," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2021, yang diadakan secara maya hari ini.
Pada tahun 2021, purata inflasi keseluruhan adalah 2.5 peratus berbanding -1.2 peratus pada 2020, manakala inflasi teras mencatatkan purata sebanyak 0.7 peratus daripada 1.1 peratus pada 2020.
Nor Shamsiah turut mengetepikan kebimbangan Malaysia memasuki fasa hiperinflasi sambil menyatakan stagflasi ala-1974 tidak mungkin berlaku.
"Sekiranya kita mengimbas kembali dalam tempoh 30 tahun lepas, kadar inflasi tertinggi yang kita pernah lihat ialah kira-kira 8.5 peratus pada Julai-Ogos 2008 apabila harga minyak meningkat dua kali ganda kepada hampir US$150 setong daripada US$74 setong tahun sebelumnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#kadar inflasi Malaysia
#Nor Shamsiah Mohd Yunus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan