KUALA LUMPUR: Inflasi semasa yang tinggi akan mengakibatkan kesan kredit ketara namun bersifat sementara di banyak negara, memandangkan tindakan bank-bank pusat akan mendorong inflasi lebih rendah tahun depan, dan terus rendah pada 2024 dengan pertumbuhan ekonomi pulih secara beransur-ansur, menurut laporan Moody's Investors Service.
Pengarah Urusan Strategi Kredit, Colin Ellis berkata kadar inflasi yang tinggi adalah luar biasa.
“Sejak 1990 bank-bank pusat di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan tempat lain telah melakukan peranan penting dalam mengekalkan inflasi yang rendah. Inflasi yang tinggi tahun ini akan memberi tekanan ke atas pertumbuhan, perbelanjaan dan upah sebenar.
“Namun, kami masih menjangkakan inflasi turun semula tahun depan, tanpa kejutan lain, konsisten dengan pendekatan bersifat boleh ubah adalah peranan penting yang perlu dilakukan,” katanya.
Beliau berkata sejak awal 1990-an, inflasi di banyak ekonomi utama kekal agak rendah, kerana negara-negara tersebut mewujudkan rangka kerja sasaran inflasi, lazimnya dengan bank pusat bebas menetapkan dasar monetari melalui kadar faedah atau pelonggaran kuantitatif.
Walaupun pengalaman setiap negara berbeza, namun sejak itu, kebanyakan ekonomi maju dan sedang pesat membangun utama telah membendung inflasi, sekurang-kurangnya sehingga tempoh baru-baru ini.
“Keberkesanan dasar monetari merupakan kunci antara banyak faktor yang mempengaruhi dinamik inflasi dalam ekonomi masing-masing.
“Analisis dan pemodelan kami menemui bukti bahawa dinamik inflasi dalam kebanyakan ekonomi Kumpulan 20 (G-20) berubah secara ketara apabila mereka memulakan sasaran inflasi sejak 30 tahun lepas,” katanya.
Tidak termasuk AS, negara-negara Kesatuan Eropah dan China, negara G-20 berikut telah menerima pakai sasaran inflasi sejak 1990: Australia (Aaa stabil), Brazil (Ba2 stabil), Kanada (Aaa stabil), India (Baa3 stabil), Indonesia (Baa2 stabil), Jepun (A1 stabil), Korea Selatan (Aa2 stabil), Mexico (Baa1 negatif), Rusia dan Afrika Selatan (Ba2 stabil), Turki (B2 negatif), dan United Kingdom (Aa3 stabil).
Arab Saudi (A1 stabil) mengekalkan tambatan mata wang berbanding dolar. Pengalaman Argentina (Ca stabil), dengan sasaran inflasi bermula pada 2016 dan berakhir hanya 25 bulan kemudian pada 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Analisis dan pemodelan Moody's menemui bukti bahawa dinamik inflasi dalam kebanyakan ekonomi G-20 berubah secara ketara apabila mereka memulakan sasaran inflasi sejak 30 tahun lepas. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Moody's beri penarafan A3 kali pertama kepada Sarawak Energy
Pada masa yang sama, Moody's telah mengesahkan Penilaian Kredit Garis Asas (BCA) baa2 kepada SEB.
Inflasi tinggi bersifat sementara, didorong sasaran bank pusat - Moody's
Pengarah Urusan Strategi Kredit, Colin Ellis berkata kadar inflasi yang tinggi adalah luar biasa.