KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service telah menetapkan penarafan A3 kali pertama kepada Sarawak Energy Bhd (SEB) dengan prospek stabil.
Pada masa yang sama, Moody's telah mengesahkan Penilaian Kredit Garis Asas (BCA) baa2 kepada SEB.
Moody's berkata tinjauan stabil pada penarafan itu mencerminkan jangkaan Moody's bahawa kepentingan strategik SEB kepada Sarawak dan kemungkinan besar sokongan daripada kerajaan, jika dan apabila diperlukan akan kekal kukuh dalam tempoh antara 12 hingga 18 bulan akan datang.
"Tinjauan yang stabil juga mencerminkan pandangan Moody bahawa SEB akan mengekalkan profil kredit kendiri sejajar dengan BCA syarikat tersebut.
"Peningkatan penarafan SEB boleh dilakukan jika penarafan Sarawak dinaik taraf dan SEB mengekalkan BCA pada baa2," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Moody's berkata penarafan penerbit A3 ke atas SEB menggabungkan BCA baa2 dan peningkatan dua tahap berdasarkan kemungkinan menerima sokongan yang tinggi dan tahap pergantungan yang tinggi dengan negeri Sarawak (stabil A3) di bawah pendekatan analisis bersama Moody untuk penerbit berkaitan kerajaan.
"BCA SEB itu disokong oleh kedudukan monopolinya sebagai utiliti elektrik bersepadu Sarawak dengan asas hasil yang semakin meningkat disokong oleh perjanjian pembelian kuasa ambil atau bayar jangka panjang (PPA), tarif yang kompetitif dan kos operasi rendah serta pembangunan kuasa hidro," ia berkata.
Moody's berkata metrik kewangan SEB berada pada tahap sederhana dan syarikat itu terdedah kepada risiko penumpuan pelanggan serta perbelanjaan modal dan risiko pelaksanaan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
"Jangkaan Moody terhadap kemungkinan ia mendapat sokongan kerajaan yang sangat tinggi mencerminkan pemilikan dan operasi SEB terhadap infrastruktur elektrik penting.
"Syarikat itu memainkan peranan penting dalam membolehkan kepelbagaian ekonomi Sarawak yang akan mengurangkan pergantungan negeri kepada hidrokarbon dan komoditi lain.
"Andaian terhadap sokongan ini turut menjadi faktor dalam pemilikan penuh kerajaan dan kemungkinan sokongan kewangan untuk SEB seperti yang ditunjukkan oleh rekod prestasinya," katanya.
Selain itu, Moody's menjangkakan profil kewangan SEB akan meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ditubuhkan pada tahun 1921, SEB ialah monopoli utiliti elektrik bersepadu di Sarawak dengan mendapat penarafan (A3 stabil) di Malaysia.
Sehingga 31 Disember, 2021, SEB adalah 100 peratus secara langsung dan tidak langsung dimiliki oleh Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS).
Ia mempunyai tiga segmen perniagaan teras - operasi rangkaian penghantaran dan pengedaran elektrik monopoli, runcit dan penjanaan kuasa serta sumber yang membekalkan arang batu kepada loji arang batu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
SEB adalah 100% secara langsung dan tidak langsung dimiliki oleh Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS). - Foto DagangNews
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Isu keselamatan Empangan Bakun telah ditangani - Sarawak Energy
Sarawak Energy berkata pihaknya telah pun menangani isu yang dibangkitkan oleh badan Dam Safety Flying Squad berhubung keadaan keselamatan Empangan Bakun.
90 tapak 5G siap dibina di Sarawak - Annuar Musa
Pembinaan tapak yang melibatkan kawasan Kuching, Bintulu serta Miri itu dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun depan.
Petronas bekal gas asli kepada 2 firma di Sarawak mulai tahun depan
BAGSF-2 direka bentuk dengan kapasiti untuk menghasilkan sehingga 390 juta kaki padu standard gas sehari (MMscfd).
Moody's beri penarafan A3 kali pertama kepada Sarawak Energy
Pada masa yang sama, Moody's telah mengesahkan Penilaian Kredit Garis Asas (BCA) baa2 kepada SEB.
Curi elektrik terbesar: SEB bongkar 1,200 pelayan lombong mata wang kripto bernilai RM1.74 juta
Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Kementerian Utiliti Sarawak membongkar tapak lokasi aktiviti curi bekalan elektrik yang terbesar melibatkan kegiatan mata wang kripto.
HEP Bakun mulakan operasi pelepasan air secara terkawal pada 8 Sept
Paras air di kawasan tadahan Bakun dikawal dengan melepaskan sejumlah air melalui pelimpah berpagar.
Sarawak Energy, Petronas kerjasama terokai pengeluaran hidrogen
MoU ini menandakan kejayaan penting dalam usaha Sarawak meningkatkan dan menceburi bidang eksport tenaga hidrogen bagi memenuhi permintaan tenaga bersih global.
SARES bawa perubahan kepada masyarakat luar bandar Sarawak
Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES) telah membawa perubahan besar kepada kehidupan masyarakat luar bandar.
COVID-19: Menara Sarawak Energy, Maybank Sibu ditutup
Menara Sarawak Energy dan Maybank Cawangan Sibu ditutup untuk proses pembersihan dan sanitasi.