KUALA LUMPUR: TRX City Sdn Bhd memaklumkan hampir keseluruhan infrastruktur utama pembangunan di Tun Razak Exchange (TRX) siap 99 peratus setakat ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.
Beliau berkata buat masa ini kerja-kerja utama infrastruktur hanya tinggal satu peratus sahaja lagi untuk penyiapan sepenuhnya.
"Walaupun kita dikekang oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh wabak COVID-19, Alhamdulillah kita telah berjaya meneruskan pembangunan TRX ini dan buat masa ini bangunan yang telah berjaya disiapkan adalah Menara Prudential serta HSBC Bank.
"Kini bagi bangunan Affin Bank pula kami telah berjaya mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan dijangka masuk pada suku ketiga tahun ini," katanya kepada media pada majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange di sini pada Jumaat.
Jelasnya, TRX adalah pemaju utama tetapi pembangunan bagi plot-plot individu lain bergantung kepada tuan tanah masing-masing.
Azmar ketika memberi kemas kini mengenai segmen runcit TRX menjelaskan komersial utama TRX akan berada dalam 'Lifestyle Quarter Retail' dan mereka telah mendapat sebuah syarikat usaha sama yang akan memajak dan menguruskan tempat itu.
"Sewajarnya Lifestyle Quarter Retail akan membuat beberapa pengumuman.
"Kami melihat banyak kemajuan tetapi sudah tentu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mempengaruhi beberapa kemajuan fizikal kami.
"Kami cuba mencari momentum, terutamanya usaha dalam mendapatkan peruncit yang baharu di pasaran untuk kembali ke TRX," katanya.
Bercakap mengenai inflasi global dan kadar faedah yang meningkat, Azmar berkata pihaknya tidak menolak perkara itu yang sememangnya akan memberi kesan kepada aktiviti pembangunan TRX, bagaimanapun pihaknya telah memuktamadkan kebanyakan kerja-kerja pembangunan.
"Kami hanya mahu menyudahkan kerja kami tetapi bergerak ke hadapan, kami perlu menyedari bahawa penyesuaian dengan keadaan ini perlu dibuat.
"Saya dan semua pihak lain amat prihatin dengan keadaan semasa tetapi kami cuba mengimbangi apa-apa risiko yang bakal timbul," katanya.
Projek TRX secara keseluruhan dijangka selesai secara berperingkat dalam tempoh 15-20 tahun akan datang.
Projek mega itu membuka tabir pada 2019 dengan operasi Menara Prudential dan pencakar langit, The Exchange 106.
Ibu pejabat HSBC dan Affin Bank pula akan beroperasi pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022
TRX adalah pemaju utama pembangunan di Tun Razak Exchange tetapi pembangunan bagi plot-plot individu lain bergantung kepada tuan tanah masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Infrastruktur TRX siap 99 peratus - CEO
Buat masa ini, kerja-kerja utama infrastruktur hanya tinggal satu peratus sahaja lagi untuk siap sepenuhnya.
Deloitte dikenakan penalti RM2 juta oleh Suruhanjaya Sekuriti
Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengesahkan telah mengenakan penalti sebanyak RM 2 juta ke Deloitte PLT (Deloitte) atas 4 pelanggaran berkaitan dengan Program Sukuk Murabahah.
1MDB: TRXC akan buat laporan polis
Satu laporan polis akan dibuat berhubung dana yang dikaitkan untuk pembangunan TRX City Sdn Bhd (TRXC) yang diseleweng 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika masih menjadi anak syarikat berkenaan.
'Namanya Tun Razak, bukan Najib Razak' - Guan Eng mahu identiti TRX kekal
Projek Tun Razak Exchange (TRX) berkeluasan 70 ekar itu akan kekal dengan namanya.