LEBIH daripada 20 insentif disediakan kepada golongan belia menerusi pembentangan Bajet 2022  yang diumumkan pada Jumaat lalu.

Meskipun ia tidak disenaraikan di bawah satu topik seperti yang dapat dilihat bagi golongan warga emas dan wanita, sebanyak 25 insentif yang boleh dimanfaatkan oleh golongan anak muda secara langsung atau tidak langsung. 

Berikut adalah 25 senarai yang boleh dimanfaatkan golongan muda:

1) PerantiSiswa

• Pemberian tablet untuk semua mahasiswa B40

• Memanfaatkan kira-kira 600,000 mahasiswa

• Kerajaan menyediakan RM450 juta untuk tujuan ini

• Syarikat Telekomunikasi turut menyumbang

Ia bagi memastikan proses pengajian pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada kira-kira 600,000 pelajar B40 di IPT. Kerajaan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang menyumbang RM65 juta.

2) e-Start

RM150 bayaran secara e-dompet bagi 2 juta belia iaitu yang berumur 18 – 20 tahun atau pelajar sepenuh masa bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

E-Start akan mengkreditkan RM150 secara pemberian sekali gus atau one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di IPT. RM300 juta disediakan untuk manfaat lebih dua juta belia.

3) Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kadar BKM Jika berpendapatan < RM2,500,

• Status bujang RM350

• Berkahwin tapi tiada anak RM1,000

• Anak satu atau dua RM1,500

• Anak tiga atau lebih RM2,000

• Ibu / bapa tunggal, tambahan RM500

Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000 manakala yang berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima BKM antara RM400 hingga RM800 bergantung kepada bilangan anak.

Tambahan sebanyak RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang berpendapatan kurang RM5,000. Kategori bujang berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima RM300.

BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima termasuk belia dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR.

4) JaminKerja

Komitmen JaminKerja menjamin 600,000 peluang pekerjaan akan membantu terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda berjumlah RM4.8 bilion.

- MyStep: Program ini akan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam GLC.

- Insentif penggajian Insentif di antara 20% ke 40% kepada majikan untuk menggajikan Keluarga Malaysia. Belia yang lebih lama menganggur (>180 hari) dan golongan wanita, terutamanya suri rumah yang lama tidak bekerja akan disediakan dengan kadar insentif yang lebih tinggi.

Latihan & meningkatkan Latihan Program latihan dan peningkatan kemahiran dengan jaminan, (contohnya HRD Corp - > 30,000, KPT > 80,000, SLDN di bawah JPK juga menyediakan 10,000 peluang latihan yang berlandaskan industry driven.)

5) Pelepasan cukai kemahiran

• Pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023.

• Pelepasan cukai ke atas yuran kursus dengan mana-mana badan profesional yang diluluskan (contoh: perakaunan) sehingga RM7,000

6) Baucar Pelindungan Tenang

Nilai Program Baucar Perlindungan Tenang bagi penerima bantuan B40 dinaikkan kepada RM75 untuk membeli produk Perlindungan Tenang termasuk takaful hayat, kemalangan diri dan polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

7) MySalam

Manfaat Perlindungan mySalam akan dilanjutkan kepada semua penerima BKM dan manfaat peranti perubatan juga dilanjutkan kepada anak penerima BKM.

Belia-belia di Malaysia khususnya golongan B40 yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima manfaat tambahan daripada inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan iaitu mySalam.

8) i-Saraan

Caruman KWSP padanan 15% sehingga RM250 bagi bekerja sendiri.

Melalui inisiatif i-Saraan, belia-belia yang bekerja sendiri dan membuat caruman KWSP secara sukarela akan turut menerima manfaat caruman KWSP tambahan daripada pihak Kerajaan iaitu sebanyak 15% atau maksimum RM250.

9) Kasih Suri

Caruman padanan KWSP serta perlindungan PERKESO untuk suri rumah.

Penerima manfaat perlindungan sosial dalam kalangan suri rumah dan balu di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia akan diperluas. Inisiatif baharu ini akan turut memberi manfaat kepada belia-belia dari kalangan petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti.

10) Perlindungan pekerja informal

Kerajaan membiayai 80% caruman PERKESO bagi golongan bekerja sendiri yang dilanjutkan daripada gig rider kepada 9 kategori baru termasuk petani, penjaja, artis.

11) Tambahbaik EIS

Menambahbaik Sistem Perlindungan Pekerjaan (EIS) dengan menambah Elaun Mencari Kerja selama tiga bulan.

Golongan pencari pekerja akan diringankan melalui pemberian Elaun Mencari Kerja. Pemberian elaun ini yang sebelum ini dikhususkan untuk pencarum PERKESO akan dipanjangkan kepada bukan pencarum untuk tiga bulan.

12) Yuran Taska

Pelepasan cukai pendapatan RM3 ribu bagi bayaran yuran taska dan tadika.

Golongan muda berkeluarga dan bekerja akan dibantu melalui pelepasan cukai pendapatan RM3 ribu ke atas pembayaran yuran taska dan tadika yang berdaftar. Penjagaan anak-anak di taska dan tadika berdaftar diharap boleh memberikan peace of mind kepada ibu bapa ditempat kerja dan boleh meningkatkan produktiviti

13) Kit kebersihan diri

Mengedarkan secara percuma kit kebersihan diri (tuala wanita) bagi 130,000 remaja wanita 12 Kerusi keselamatan Subsidi 50% atau sehingga RM150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanakkanak oleh Keluarga B40

14) Perantis

Insentif RM900 sebulan (naik dari RM800) untuk majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun.

Kerajaan akan membayar insentif RM900 sebulan kenaikan dari RM800 untuk majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Pihak swasta digalakkan untuk turut memberi elaun yang sama bagi khidmat pelajar tersebut.

15) Kredit Mikro

RM150 juta dikhususkan untuk usahawan belia oleh BSN dan AgroBank.

Bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pinjaman mudah kepada golongan beila untuk usahawan belia sebanyak 150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank seperti berikut:

RM150 juta dikhususkan untuk usahawan belia oleh BSN dan AgroBank

RM150 juta dikhususkan untuk usahawan belia oleh BSN dan AgroBank

16) e-Sukan


Kerajaan menyokong pembangunan e-Sukan dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron sebanyak RM5 juta Pada masa yang sama, Kerajaan juga akan memberi pengecualian cukai pendapatan ke atas wang kemenangan kejohanan e-sukan luar negara yang layak.

17) Perumahan untuk informal

Bagi membantu golongan yang bekerja dalam bidang informal memiliki rumah, Kerajaan memberi jaminan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM2 bilion bagi membantu pekerja tanpa gaji tetap seperti pekerja gig, pengusaha kecil dan lain-lain untuk mendapat pembiayaan pinjaman perumahan.

18) Pengangkutan awam

Kerajaan membantu menampung kos pengangkutan di kawasan tidak ekonomik dengan menyediakan Pas MyRail berharga RM5 sebulan untuk perjalanan tanpa had untuk pelajar menaiki keretapi oleh KTMB. Pas perjalanan tanpa had bas dan rel bernilai RM50 untuk pengguna terutamanya Lembah Klang.

19) Pelepasan cukai

Pelepasan cukai RM1,000 ke atas perbelanjaan berkaitan pelancongan seperti bayaran penginapan hotel dan yuran kemasukan ke taman tema dan sebagainya. Pelepasan cukai ke atas perbelajaan sehingga 31 Disember 2022 Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon, komputer atau tablet sehingga 31 Disember 2022.

20) Pengecualian bagi pembelian kenderaan EV

1. Pengecualian duti import 100% ke atas komponen untuk EV pemasangan tempatan

2. Pengecualian duti eksais dan cukai jualan 100% ke atas EV - CKD

3. Pengecualian duti import dan duti eksais 100% ke atas EV - CBU

4. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi kos pembelian atau pasan kemudahan pengecasan EV

5. Pengecualian cukai jalan

21) Shop Malaysia Online & Go-eCommerce

Kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding yang telah memanfaat lebih daripada 500 ribu usahawan tempatan, Kerajaan akan meneruskan program ini dengan peruntukan 250 juta ringgit

22) Francais

Pembiayaan PERNAS RM74 juta untuk menyediakan program latihan dan bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah 0% selama 6 bulan pertama beserta moratorium.

23) Pendigitalan

Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan 5G untuk meluaskan internet kelajuan tinggi bagi menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik dan pantas. Ia juga untuk merapatkan jurang digital serta mencipta peluang pekerjaan baharu. Skim Geran Pendigitalan PKS sehingga RM5,000 untuk PKS dengan pengkhususan dana RM50 juta bagi PKS mikro Bumiputera di luar bandar.

24) Kontraktor Bumiputera

Bagi meningkatkan daya saing dan kapasiti kontraktor kecil Bumiputera, Kerajaan melalui CIDB akan mewujudkan accelerator programme khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 mengikuti kursus peningkatan kapasiti dan on-the-job training dengan peruntukan RM10 juta.

Sebahagian daripada projek berskala kecil perolehan Kerajaan akan dikhaskan kepada kontraktor belia Bumiputera. Nilai projek terlibat dianggarkan bernilai RM200 juta.

25) Kereta Penumpang

- Pengecualian cukai jualan 100% ke atas kereta penumpang CKD sehingga 30 Jun 2022

- Pengecualian cukai jualan 50% ke atas kereta penumpang CBU import baharu dan terpakai.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam Bajet 2022 yang telah diumumkan pada Jumaat.

Pada Jumaat, Bajet 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' dan bersandarkan tiga paksi utama, iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan dibentangkan dengan jumlah RM332.1 bilion oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.