KUALA LUMPUR: Pengeluar produk tenusu terbesar di Malaysia, Farm Fresh Berhad melancarkan produk baharunya, Farm Fresh GROW, sejajar usaha menyokong gaya hidup sihat khususnya bagi kanak-kanak di Malaysia.

Farm Fresh GROW yang dirumus dengan formula khusus bagi memenuhi keperluan bernutrisi yang menyasarkan kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun.

Pada masa sama, Farm Fresh juga telah memperkenalkan slogan baharu mereka: “IT’S ALLLLLLLLLL GOOD” dan “SEMOOOOOANYA BAIK” untuk memacu janji produk bukan sahaja untuk Farm Fresh Grow, tetapi juga menandakan kebaikan yang terkandung dalam semua produk Farm Fresh.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh, Loi Tuan Ee berkata, inovasi itu dicipta agar kanak-kanak di Malaysia dapat kekal sihat dan bertenaga. 

Jelasnya, produk ini turut khusus untuk ibu-ibu yang inginkan produk yang lebih semula jadi untuk anak-anak mereka kerana tidak mengandungi kandungan maltodekstrin, minyak sayuran dan kalsium karbonat, yang merupakan bahan pengganti tersembunyi yang tidak sepatutnya ada dalam susu.

“Gula yang berlebihan adalah berbahaya, lebih-lebih lagi produk susu kanak-kanak tidak seharusnya mengandungi gula dan bahan tambahan tersembunyi ini sebagai pengganti. Maltodekstrin membawa nilai pemakanan sifar yang hanya bertindak sebagai agen pengikat dan pengganti gula (membawa kalori yang sama seperti sukrosa).

“Untuk menambah konteks, gula meja mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi iaitu 65; maltodekstrin mempunyai indeks GI yang lebih tinggi iaitu antara 80 hingga 120, hampir dua kali ganda kiraan daripada gula. Ini menyebabkan sugar rush dan hiperaktif yang sering dilihat pada kanak-kanak.

“Bahan-bahan lain seperti minyak sayuran dan kalsium karbonat juga merupakan bahan yang tidak terdapat dalam produk baharu kami, menjadikan Farm Fresh Grow sebagai khasiat susu yang sihat, semula jadi dan seimbang untuk kanak-kanak, kekal dengan etos (ciri) jenama kami,” katanya dalam satu kenyataan selepas melancarakan produk terbaharu Farm Fresh GROW pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal berkata, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin secara rasmi dilantik sebagai duta produk susu, Farm Fresh.

Katanya, pelantikan artis terkenal itu merupakan langkah syarikatnya untuk meningkatkan pemasaran dan penjenamaan produk di bawah jenama Farm Fresh.

”Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya merupakan duta jenama pilihan, kerana beliau merangkumi etos jenama hanya dengan hanya beralih kepada pilihan yang lebih baik untuk anak-anaknya. Perkongsian Farm Fresh dengannya adalah tanda kelulusan kepercayaannya untuk jenama itu, dan impak yang dia percaya ia akan ada untuk generasi kanak-kanak Malaysia yang semakin sihat.

Mengulas lanjut, Azmi berkata produk terbaharu itu juga bagi orang ramai lebih memahami pembesaran anak-anak untuk mengelakkan masalah terbantut.

“Ibu bapa, datuk nenek dan penjaga sama-sama memahami kepentingan tahun membesar kanak-kanak sebagai peringkat penting untuk perkembangan keseluruhan mereka. Menurut laporan Kementerian Kesihatan, didapati satu daripada lima kanak-kanak Malaysia di bawah umur lima tahun terbantut.

“Ini bermakna kekurangan zat makanan merupakan isu utama dalam kalangan kanak-kanak Malaysia. Walaupun mereka minum susu, kanak-kanak masih tidak mendapat jumlah nutrien yang betul. Lebih teruk lagi jika ibu bapa kurang maklumat tentang bahan-bahan yang terdapat dalam susu yang mereka berikan kepada anak-anak yang boleh menghalang potensi pertumbuhan mereka.

“Di sinilah kami ingin menangani kepentingan membaca label dan menyemak, menyemak dan menyemak bahan-bahan di belakang pembungkusan sebelum membeli, terutamanya apabila ia melibatkan susu kanak-kanak,” katanya.

Pada masa sama, pakar kanak-kanak, Dr Ng Yi-Ki yang turut menjadi sebahagian daripada panel pembincangan pada majlis pelancaran itu, menyentuh topik seperti masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak Malaysia, yang kedua tertinggi di ASEAN berdasarkan data WHO, kesan buruk gula berlebihan pada kesihatan kanak-kanak, serta nutrien penting untuk kanak-kanak.

Semua produk berlabel Farm Fresh adalah bebas daripada pengawet dan pewarna, dengan berhati-hati untuk menghasilkan kualiti terbaik. Farm Fresh mempunyai portfolio produk yang pelbagai merangkumi pelbagai segmen produk seperti produk susu sejuk sedia untuk diminum (RTD), produk UHT/ambien RTD, produk berasaskan tumbuhan dan produk yogurt.

Menambah senarai produk sedia ada, susu Formula Farm Fresh Grow UHT kini boleh didapati di kedai runcit Jaya Grocer dan 99 Speedmart di Semenanjung Malaysia.

Manakala, orang ramai juga boleh membeli susu melalui Rangkaian Peniaga Rumah Farm Fresh atau dalam talian melalui SUBPLACE secara langganan bulanan atau secara sekali sahaja di www.subplace.com/brand/farmfresh dengan tawaran dari RM25 sehingga potongan RM40.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.farmfresh.com.my   


*Artikel ini adalah kandungan berbayar