awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif Elaun Modal Automasi jana pelaburan lebih RM1.8 bilion - MITI

Bernama
Bernama
27/10/2025
21:00 MYT
Insentif Elaun Modal Automasi jana pelaburan lebih RM1.8 bilion - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin berkata jumlah itu merangkumi pembelian mesin dan peralatan automasi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Insentif Elaun Modal Automasi telah menyaksikan pelaburan tambahan bernilai lebih RM1.8 billion daripada syarikat yang menjalankan operasi automasi setakat 31 Mei, 2025.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin berkata, jumlah itu merangkumi pembelian mesin dan peralatan automasi.
Insentif Elaun Modal Automasi diperkenalkan melalui Belanjawan 2015 bagi membolehkan syarikat menuntut sebanyak 200 peratus sehingga RM10 juta bagi perbelanjaan automasi dan telah dilanjutkan sehingga 2027.
"Sebanyak 609 projek telah diluluskan di bawah insentif Elaun Modal Automasi yang berjaya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tidak mahir sebanyak 6,295 orang.
"Selain itu, syarikat tersebut mencatatkan peningkatan jumlah pengeluaran sebanyak 379 peratus; peningkatan kualiti produk sebanyak 124 peratus serta pengurangan jam kerja sebanyak 110 peratus," kata MITI.
Kementerian itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) berhubung keberkesanan insentif tersebut dalam menarik pelaburan langsung asing ke Malaysia susulan kesan tarif.
Dalam pada itu, MITI berkata, menerusi insentif Elaun Modal Automasi yang telah ditambah baik dalam Belanjawan 2023, sebanyak 22 projek telah diluluskan sehingga 30 September 2025.
Selain itu ia juga menunjukkan peningkatan ketara dalam pengurangan penggajian pekerja asing tidak mahir sebanyak 200 orang; peningkatan pengeluaran sebanyak 131 peratus; serta pengurangan jam kerja sebanyak 52 peratus.
"Pelaburan tambahan sebanyak RM56.7 juta juga telah berjaya dijana bagi pembelian mesin serta sistem berteknologi tinggi yang mengandungi elemen Industri 4.0," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Insentif Elaun Modal Automasi
#pelaburan
#MITI
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan