Berikut ialah intipati Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2015 yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) malam ini:-

* Malaysia mampu mencapai status negara maju menjelang 2020 menerusi Program Transformasi Negara

* Meningkatkan daya tahan sistem kewangan Malaysia, ekonomi domestik dan memastikan industri perkhidmatan kewangan berdaya tahan secara berterusan, menjadi tumpuan utama Perkhidmatan Kewangan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara tahun ini.

* Kerajaan telah merangka pelan tindakan sektor perkhidmatan bagi mengukuhkan sektor berkenaan yang meliputi pelan tindakan untuk dilaksanakan sepanjang 2015 hingga 2020, selari dengan Rancangan Malaysia Ke-11.

* Malaysia kekal dalam 'zon selamat' sejak 2013 yang menunjukkan kedudukan kewangan ekonomi yang mantap, menetapkan hutang awam kurang daripada 75 peratus daripada KDNK dan defisit kekal pada empat peratus dan ke bawah daripada KDNK.

* Kerajaan akan memberi tumpuan melaksanakan rangka kerja perlu bagi Akses Pihak Ketiga bagi membuka ruang untuk meliberalisasikan pasran gas di Semenanjung Malaysia.

* Kerajaan akan meningkatkan rasionalisasi dan akhirnya menetapkan harga gas berasaskan pasaran tenaga.

* Kerajaan akan menggalakkan sektor swasta melaksanakan standard produk dan perkhidmatan pada 2016

* Sehingga 2015, Malaysia telah memuktamadkan dan menandatangani tujuh perjanjian perdagangan bebas, lima daripadanya mempunyai bahagian perkhidmatan

* Kerajaan memilih hutang kepada ekuiti seimbang bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit pada 2015

* SC sedang membangunkan pelan tindakan menyeluruh Industri Pengurusan Kekayaan dan Dana Islam Malaysia yang dijangka siap pada akhir 2016

* Kepelbagaian lebih besar dalam sektor Bidang Ekonomi Utama Negara juga mengurangkan pergantungan kerajaan kepada hasil minyak

* Sektor swasta terus memain peranan penting dalam memacu penggunaan, dengan penggunaan swasta pada 52.4 peratus daripada KDNK, adalah empat kali lebih besar daripada penggunaan awam pada 13.5 peratus tahun lepas.

* Sektor swasta menyumbang 65 peratus daripada jumlah pelaburan dalam negara
tahun lepas.

* Bidang Ekonomi Utama Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) mahu
menjadi antara ekonomi utama dan daya huni di dunia menjelang 2020

* Pembinaan Jajaran 1 MRT (Sungai Buloh-Kajang yang beroperasi akhir
2016) dan Jajaran 2 MRT (melalui Serdang dan Putrajaya) akan meningkatkan
pergerakan di kawasan GKL/KV

* Kerajaan akan melaksanakan kajian impak bagi menentukan keberkesanan
TUKAR (Program Transformasi Peruncit Kecil) dan Program Bengkel Automotif.

* Industri E&E terus menjadi pemacu penting pembangunan industri Malaysia
dengan 93 projek dan pelaburan bernilai RM8.9 bilion diluluskan tahun lepas.

* NKEA perkhidmatan perniagaan, komponen kritikal dalam perjalanan
transformasi negara, menjana pendapatan negara kasar 9.7 peratus lebih tinggi
sebanyak RM46.2 bilion tahun lepas.