Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Ogos 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Ogos 2026.

  1. Dua pelajar MRSM Alor Gajah dilapor hilang

    Kehilangan pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka itu dimaklumkan pada jam 10.46 malam.

  2. Dapatan RCI TH bukan asas automatik untuk pendakwaan – Bekas hakim

    Laporan RCI tidak mengikat dari segi undang-undang dan tidak boleh dijadikan keterangan dalam kes jenayah atau sivil.

  3. Persidangan DAP: Johor beri kebebasan kepada perwakilan buat keputusan - Teo

    DAP akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat menerusi undian perwakilan pada persidangan berkenaan.

  4. Ekonomi Malaysia berkembang 6 peratus pada suku kedua 2026

    Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua 2026 didorong oleh permintaan dalam negara yang berterusan serta prestasi eksport yang menggalakkan.

  5. Nurul Izzah tegur budaya 'dua nakhoda satu kapal' dalam PKR

    Beliau menegaskan kepimpinan sesebuah parti tidak boleh dikendalikan oleh pelbagai hala tuju yang bertentangan sehingga merosakkan keutuhan sesebuah organisasi.

  6. RCI Tabung Haji: 'Jangan serah kepada orang lain, Anwar perlu jawab' - Abdul Hadi

    Beliau berkata, perkara itu wajar dilakukan memandangkan Anwar sendiri yang membangkitkan isu berkenaan ketika berucap pada Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 yang lalu.

  7. Genap setahun insiden anak diserang, Rafizi dakwa kes 'mati begitu sahaja'

    Rafizi membangkitkan perkara itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya sempena ulang tahun pertama kejadian tersebut.

  8. Fadillah semakin pulih selepas jalani pembedahan pintasan jantung

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Rabu lalu, menunjukkan perkembangan positif dan terus pulih seperti dijangkakan pasukan perubatan.

  9. Malaysia utamakan keselamatan pelarian Myanmar sebelum dihantar pulang

    Malaysia memberi jaminan aspek keselamatan pelarian Myanmar yang akan dihantar pulang ke negara asal diberikan keutamaan bagi memastikan kebajikan dan nyawa mereka terpelihara.

  10. 'Kenyataan pahit perlu ditelan' - AMK akui gagal lahirkan tokoh setanding Onn Hafiz di Johor

    Angkatan Muda Keadilan (AMK) secara terbuka mengakui kegagalan sayap parti itu dalam melahirkan tokoh muda berwibawa di Johor sehingga memberi laluan kepada kemenangan besar Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Must Watch Video

Advertisement