awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPP Malaysia naik 2.7% pada April 2025, sektor pembuatan tonggak pemulihan

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
11/06/2025
04:40 MYT
IPP Malaysia naik 2.7% pada April 2025, sektor pembuatan tonggak pemulihan
MOHD UZIR: Sektor pembuatan terus menjadi tonggak kepada pertumbuhan IPP negara, terutama dengan penglibatan aktif industri eksport seperti elektronik dan produk makanan. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 2.7 peratus pada April 2025 berbanding tahun sebelumnya, disokong kuat oleh pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 5.6 peratus.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, pencapaian ini didorong oleh industri berorientasikan eksport yang meningkat sebanyak 6.4%, terutamanya pembuatan minyak & lemak sayuran dan haiwan (+22.8%) serta produk elektronik (+11.1%).
Namun, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi bulanan IPP menunjukkan penurunan sebanyak 7.9 peratus berbanding Mac 2025 yang mencatat pertumbuhan 3.2 peratus, disebabkan penyusutan mendadak dalam sektor perlombongan dan elektrik, masing-masing sebanyak 6.3 dan 1.6 peratus.
“Sektor pembuatan terus menjadi tonggak kepada pertumbuhan IPP negara, terutama dengan penglibatan aktif industri eksport seperti elektronik dan produk makanan.
"Namun, prestasi keseluruhan bulan ke bulan agak sederhana susulan penyusutan dalam sektor tenaga.” ujar beliau.
Walau bagaimanapun, secara bulanan, industri eksport menurun ketara sebanyak 10.2 peratus.
Industri berorientasikan domestik pula turut mencatat prestasi baik dengan pertumbuhan 3.9 peratus (Mac: 2.3%), disumbang oleh subsektor makanan proses (+8.2%) dan logam asas (+6.0%).
Dari segi bulan ke bulan, sektor ini mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 0.3 peratus.
"Meskipun sektor perlombongan dan elektrik mencatat penyusutan, hala tuju IPP kekal positif secara tahunan, seiring pemulihan permintaan global dan domestik yang berterusan,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Indeks Pengeluaran Perindustrian
#Mohd Uzir Mahidin
#industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami