awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iProperty.com Malaysia lancar Anugerah Pemaju Hartanah Pilihan Pelanggan

Bernama
Bernama
06/10/2014
08:44 MYT
iProperty.com Malaysia lancar Anugerah Pemaju Hartanah Pilihan Pelanggan
iProperty.com Malaysia lancar Anugerah Pemaju Hartanah Pilihan Pelanggan
Laman web No.1 Malaysia, iProperty.com akan melancarkan anugerah pertama pemaju hartanah pilihan pelanggan.
Dalam satu kenyataan, iProperty.com berkata, ini adalah satu usaha untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pejuang dalam industri hartanah yang telah berjaya membentuk latar langit Malaysia.
Dinamakan Anugerah Pilihan Ramai iProperty.com, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan iProperty, Georg Chmiel berkata, anugerah itu bertujuan mengiktiraf pemaju hartanah terbaik di negara ini semata-mata daripada perspektif pengguna.
Kami berasa bangga untuk menjadi hos kepada Anugerah Pilihan Ramai iProperty.com yang pertama, iaitu yang pertama seumpamanya di Malaysia.
"Anugerah itu menawarkan kita platform untuk melibatkan diri dengan pengguna dan memberi mereka peluang untuk mengundi pemaju atau pembangunan pilihan mereka dalam 10 kategori yang telah kami tetapkan, kata Chmiel.
Menurutnya, 10 kategori itu termasuk Pemaju Terbaik, Perbandaran Terbaik, Pembangunan Bangunan Tinggi Terbaik, Pembangunan Bangunan Tinggi Mewah Terbaik, Pembangunan Perumahan Bertanah Terbaik, Pembangunan Perumahan Bertanah Mewah Terbaik, Pembangunan Mesra Eko Terbaik, Pembangunan Komersil Terbaik dan Pembangunan Bersepadu Terbaik dan Pembangunan Paling Ikonik.
Kami menjemput semua warga Malaysia mengundi untuk memilih pemaju atau pembangunan paling digemari mereka di www.iproperty.com.my/awards.
Undian akan bermula pada 7 Oktober dan ditutup pada 31 Oktober 2014, kata Chmiel.
Topic Berkaitan
#Anugerah Pilihan Ramai iProperty.com
#iproperty
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan