awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun lantik semula Gabenor Bank of Japan

Najib Aroff
Najib Aroff
16/02/2018
07:20 MYT
Jepun lantik semula Gabenor Bank of Japan
Langkah Jepun itu dilihat bertentangan dengan tindakan bank pusat negara utama lain yang diramal mengurangkan langkah rangsangan ekonomi. - Foto Reuters
Kerajaan Jepun melantik semula Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda untuk tempoh sepenggal dan melantik Masazumi Wakatabe sebagai Timbalan Gabenor, seorang individu yang lantang memperjuang dasar pelonggaran monetari lebih besar.
Tindakan itu memberi gambaran bahawa bank pusat Jepun tidak akan tergesa-gesa menarik kembali pakej rangsangan besar yang sedang dilaksanakan.
Kuroda bakal memimpin bank pusat negara itu untuk tempoh 5 tahun lagi sekaligus mengambarkan keyakinan Perdana Menteri Shinzo Abe terhadap usaha Kuroda membawa keluar Jepun dari prestasi ekonomi mendatar.
Langkah Jepun itu dilihat bertentangan dengan tindakan bank pusat negara utama lain yang diramal mengurangkan langkah rangsangan ekonomi.
Jepun masih lagi melaksanakan dasar monetari besar termasuk kadar faedah negatif bagi mengalakkan perbelanjaan pengguna yang merosot.
Objektif Jepun kekal sama, mendapatkan inflasi pada kadar 2 peratus bagi menyokong pertumbuhan lembab ekonomi sejak lebih sedekad lalu.
Topic Berkaitan
#Haruhiko Kuroda
#Inflasi Jepun
#Jepun
#Masazumi Wakatabe
#Shinzo Abe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan