BISNES
Jiwa SME 2025: PMKS Sabah diperhebat dengan solusi digital Unifi Business

Dr Mohamad Yusman Ammeran (tengah) bersama pemenang dan para peserta NextUp: Digital Gameplan yang dianjurkan Unifi Business, bertujuan mengasah strategi digital PMKS. -Gambar Unifi Business
KOTA KINABALU: Komitmen Unifi Business dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus diperkukuh menerusi pembabitan aktif sebagai penaja utama Jiwa SME 2025 edisi Sabah, yang melabuhkan tirai di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu.
Ringkasan AI
- Unifi Business menjadi penaja utama Jiwa SME 2025 edisi Sabah, memanfaatkan pendekatan digital untuk bantu PMKS tingkatkan operasi dan capaian pasaran.
- Program ini menampilkan kisah kejayaan seperti CIG International dan N Hair & Beauty Saloon, serta simulasi NextUp: Digital Gameplan untuk asah strategi digital usahawan.
- Inisiatif seperti Take Me to Oxford menunjukkan komitmen Unifi Business dalam memperkasa PMKS secara menyeluruh di era ekonomi digital.
“Kita melihat kepada jaringan komunikasi dengan usahawan-usahawan melalui persatuan yang mereka sertai serta perkongsian tip berguna untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital.
"Ini bukan sahaja membantu kembangkan perniagaan, malah mempertingkatkan operasi dan kepuasan pelanggan,” katanya.

Dr Mohamad Yusman Ammeran (tengah) bersama para tetamu bergambar di hadapan reruai Unifi Business di Jiwa SME 2025 edisi Sabah. - Gambar Unifi Business
Antara kisah kejayaan yang dikongsi ialah CIG International Group Sdn Bhd yang berjaya menembusi pasaran Brunei melalui penyelesaian pemasaran digital Unifi Business, serta N Hair & Beauty Saloon yang mencatat peningkatan jualan lebih 30 peratus selepas beralih kepada strategi digital.
Unifi Business turut memperkenalkan inisiatif NextUp: Digital Gameplan iaitu satu simulasi realiti perniagaan yang memberi peluang kepada peserta membina pelan strategik berdasarkan bajet maya RM500,000, menggunakan solusi digital Unifi.
Jelasnya, aktiviti ini bertujuan mengasah keupayaan peserta mencorakkan strategi digital yang realistik dan mampu menyelesaikan cabaran sebenar perniagaan.
Tambah Dr Yusman, inisiatif seperti ini membolehkan usahawan menilai dan membentuk pendekatan digital secara menyeluruh meliputi akses pasaran, pengurusan operasi dan pengukuhan hubungan pelanggan.
“Kita juga iktiraf peranan besar PMKS dalam ekonomi negara, sebab itu sempena hari PMKS sedunia kita anjurkan program seperti Unifi Business Take Me to Oxford, yang menawarkan peluang kepada peniaga terpilih untuk menyertai program kepimpinan keusahawanan selama seminggu di University of Oxford,” ujarnya.

Dr Mohamad Yusman Ammeran (kanan) berkongsi maklumat mengenai solusi digital Unifi Business kepada pengunjung Jiwa SME 2025 edisi Sabah. - Gambar Unifi Business
Dengan pendekatan bersifat komprehensif, Unifi Business membuktikan komitmen bukan sahaja dalam menyediakan teknologi, tetapi turut membuka pentas untuk PMKS melakar pencapaian lebih tinggi di era ekonomi digital.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami