KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) sedang mengambil tindakan segera untuk memastikan Projek Pakej D44 Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan (Pakej D44) bernilai RM393 juta yang sepatutnya siap pada Februari 2018, dapat disiapkan secepat mungkin.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek itu yang mula dibangunkan sejak 2014 mengalami kelewatan kerana syarikat kontraktor terlibat berdepan masalah.
"Namun, saya fikir pihak JPP dalam proses mengambil tindakan segera untuk memastikan bahagian-bahagian kritikal dapat disiapkan dengan segera dan saya juga akan tanya JPP bila ia dapat disiapkan," katanya selepas merasmikan pelancaran aplikasi ForestONE di pusat beli-belah 1 Utama di sini semalam.
Nik Nazmi berkata demikian sebagai mengulas perkembangan projek itu yang masih belum dapat disiapkan meskipun pihak kontraktor telah diberi pelanjutan masa hingga 22 Nov lepas untuk menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja di tapak.
Projek Pakej D44 yang melibatkan JPP sebagai agensi pelaksana, adalah sebahagian daripada inisiatif River of Life Greater KL untuk meningkatkan kualiti air sungai dengan penumpuan kepada kawalan pencemaran kumbahan di kawasan tadahan pembetungan Bunus.
Skop projek itu termasuk mereka bentuk dan membina rangkaian paip pembetungan sepanjang 55 kilometer dan menaik taraf dua stesen pam utama di dua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Mengenai cadangan beberapa pihak agar tarif air kembali disemak berikutan sudah lebih 20 tahun tiada kajian semula dibuat berhubung pelarasan tarif air, Nik Nazmi berkata perkara itu sudah dibawa ke Kabinet dan kini di bawah bidang kuasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.
Sementara itu, ditanya sama ada pembabitan syarikat lain yang menawarkan pembiayaan pakej pemasangan panel solar akan diperluaskan, Nik Nazmi berkata kementeriannya tiada halangan untuk mana-mana syarikat swasta berbuat demikian.
"Sekarang pasaran terbuka dan tiada yang boleh menghalang syarikat swasta ini untuk turut serta. Banyak sebenarnya syarikat swasta hari ini telah memberi fokus kepada peralihan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui selain soal kecekapan tenaga dan saya percaya ini akan berterusan," katanya.
Berhubung program ForestONE itu yang membolehkan orang ramai menanam pokok secara maya sebelum diterjemahkan kepada penanaman pokok sebenar, Nik Nazmi berkata ia pendekatan yang harus dicontohi terutama oleh pusat beli-belah baharu yang sedang dan bakal dibina.
"Ini mungkin boleh jadi satu standard untuk mereka yang lain sebab saya fikir ini juga antara perkara bukan sahaja diminta oleh pelabur tetapi juga pengguna yang mahukan pusat beli-belah lebih hijau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2023
Nik Nazmi berucap merasmikan pelancaran aplikasi ForestONE di pusat beli-belah 1 Utama di Petaling Jaya semalam.
--fotoBERNAMA
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
JPP sedang ambil langkah segera pastikan Projek Pakej D44 disiapkan
Nik Nazmi berkata projek itu yang mula dibangunkan sejak 2014 mengalami kelewatan kerana syarikat kontraktor terlibat berdepan masalah.