awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan kenderaan Proton meningkat kepada 14,187 bagi November

Dagang News
Dagang News
03/12/2021
00:30 MYT
Jualan kenderaan Proton meningkat kepada 14,187 bagi November
Proton Holdings Bhd mencatatkan jumlah jualan kenderaan keseluruhan sebanyak 14,187 unit bagi pasaran domestik dan import pada bulan November. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mencatatkan jumlah jualan kenderaan keseluruhan sebanyak 14,187 unit bagi pasaran domestik dan import pada bulan November sekali gus menghasilkan jualan semasa sebanyak 100,566 unit.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata prestasi itu meningkatkan keyakinan bahawa syarikat akan dapat mengakhiri tahun ini dengan perkembangan jualan yang positif.
Menurutnya, pengeluar kenderaan itu juga telah berjaya melepasi jumlah jualan 100,000 unit untuk tahun ketiga berturut-turut.
"Melihat kepada prestasi bulan November secara terperinci, jualan telah meningkat sebanyak 6.2% berbanding bulan Oktober, sekali gus mencatatkan pertumbuhan selama tiga bulan berturut-turut.
"Berbanding dengan bulan November 2020 jualan meningkat sebanyak 24.3%, yang juga menyebabkan jualan semasa meningkat sebanyak 4.3%.
"Pegangan pasaran pula adalah dianggarkan sekitar 24.5% manakala pegangan pasaran dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas meningkat sebanyak 1.9% dan buat masa ini berada di paras 22.8%," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Tambahnya, model Proton Saga mencatatkan kadar jualan bulanan terbaik sejak Disember 2020 dengan 5,666 unit, diikuti Proton X50 yang mempunyai rekod penyerahan ke pelanggan sebanyak 4,010 unit.
"Ia merupakan peningkatan yang baik kerana rekod tertingginya sebelum ini adalah sebanyak 3,839 unit pada bulan Oktober.
"Proton X70 juga terus berjaya mengejar jualan dengan 1,901 unit dihantar kepada pelanggan, menjadikannya lebih jauh kehadapan dalam kelas SUV segmen-C," katanya.
Menurut beliau lagi, model Proton Exora turut mendapat peningkatan jualan empat bulan berturut-turut dan terus mendominasi pasaran MPV segmen-C dengan jualan sebanyak 434 unit.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Roslan Abdullah
#Proton Edar
#jualan kenderaan
#X70
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan