awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan sektor pembuatan Disember 2020 naik 4.5 peratus - Jabatan Perangkaan

Najib Aroff
Najib Aroff
08/02/2021
04:14 MYT
Jualan sektor pembuatan Disember 2020 naik 4.5 peratus - Jabatan Perangkaan
Nilai Jualan Sektor Pembuatan Malaysia meningkat 4.5 peratus kepada RM124.6 bilion pada Disember 2020 berbanding Disember 2019. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR:Nilai Jualan Sektor Pembuatan Malaysia meningkat 4.5 peratus kepada RM124.6 bilion pada Disember 2020 berbanding Disember 2019.
Menurut Jabatan Perangkaan, bagi perbandingan bulan ke bulan pula, ia meningkat 3.9 peratus.
“Peningkatan tahun ke tahun yang direkodkan pada bulan Disember 2020 adalah dipacu oleh Produk Kelengkapan Pengangkutan dan Pembuatan Lain (20.5%), Produk Makanan, Minuman dan Tembakau (7.9%) dan Produk Elektrik & Elektronik (4.2%),” kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Tambah Mohd Uzir, jumlah pekerja sektor pembuatan pada Disember 2020 juga direkodkan pada 2.2 juta, berkurangan 2 peratus berbanding 2.24 juta tempoh sama tahun sebelumnya.
Selain itu, jumlah gaji dan upah sektor berkenaan turut merosot 0.8 peratus atau RM59.7 juta pada Disember 2020.
Purata gaji dan upah setiap pekerja pula sebanyak RM3,533.
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia
Sementara itu, bagi prestasi suku keempat nilai jualan sektor pembuatan meningkat 3 peratus kepada RM366.4 bilion berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya.
Peningkatan ini didorong oleh kenaikan dalam Produk Kelengkapan Pengangkutan & Pembuatan Lain (15.0%), Produk Makanan, Minuman & Tembakau (9.0%) dan Produk Peralatan Elektrik dan Elektronik (4.3%).
Bagi tahun penuh 2020 pula, nilai jualan sektor Pembuatan merekodkan penurunan 2.1 peratus kepada RM1.3 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2019.
Topic Berkaitan
#Jualan sektor pembuatan
#ekonomi
#DoSM
#Jabatan Parangkaan Malaysia
#Produk Kelengkapan Pengangkutan dan Pembuatan Lain
#produk makanan
#Mohd Uzir Mahidin
#sektor pembuatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan