Skip to main content

Bisnes

Saham AS dibuka tinggi selepas Demokrat kuasai Kongres

Skrin memaparkan maklumat pasaran saham selepas ia dibuka di Bursa Saham New York, New York City, AS, 4 Nov 2026. REUTERS
Skrin memaparkan maklumat pasaran saham selepas ia dibuka di Bursa Saham New York, New York City, AS, 4 Nov 2026. REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dibuka lebih tinggi pada Rabu selepas Parti Demokrat memenangi kawalan ke atas kedua-dua Dewan Perwakilan dan Senat dalam Pilihan Raya Pertengahan Penggal pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Purata Perindustrian Dow Jones mendahului kenaikan apabila melonjak 1,042.01 mata atau 2.01 peratus kepada 52,828.73 pada awal dagangan.

Indeks S&P 500 meningkat 92.40 mata atau 1.22 peratus kepada 7,661.32, manakala Komposit Nasdaq naik 308.96 mata atau 1.22 peratus kepada 25,680.97.

Advertisement

Presiden AS Donald Trump berkata beliau menerima keputusan pilihan raya itu.

Demokrat akan mengambil alih kawalan ke atas kedua-dua dewan di Kongres pada Januari, sekali gus memberikan mereka undi yang mencukupi untuk menyekat perundangan yang disokong oleh Rumah Putih.

Advertisement

Demokrat turut memenangi pemilihan gabenor di Texas, menyaksikan Gina Hinojosa berikrar untuk mengenakan moratorium serta-merta ke atas pusat data baharu.

Indeks Kemudahubahan Cboe yang mengukur jangkaan turun naik dalam S&P 500, merosot 14.83 peratus kepada 17.74.

Hasil bagi nota Perbendaharaan AS 10 tahun susut 2.3 mata asas kepada 4.927 peratus, manakala euro meningkat 0.57 peratus berbanding dolar kepada US$1.126.

Niaga hadapan emas naik 2.77 peratus kepada US$4,049.70 setiap auns.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah penanda aras AS, West Texas Intermediate menyusut 3.19 peratus kepada US$93.02 setong.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement