awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah dagangan Malaysia catat pertumbuhan dua angka - DOSM

Astro Awani
Astro Awani
19/08/2022
05:38 MYT
Jumlah dagangan Malaysia catat pertumbuhan dua angka - DOSM
Jumlah perdagangan meningkat 29.9 peratus, disokong oleh pengembangan eksport (27.8 peratus) serta import (32.5 peratus). - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah dagangan Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan dua angka iaitu 39.8 peratus pada Julai 2022.
Peningkatan tahun ke tahun itu menjadikan jumlah dagangan bulan lalu sebanyak RM252.6 bilion.
Bagi tempoh Januari hingga Julai 2022, jumlah perdagangan, eksport, import dan lebihan perdagangan terus mencatat pertumbuhan dua angka yang kukuh.
Jumlah perdagangan meningkat 29.9 peratus, disokong oleh pengembangan eksport (+27.8 peratus) serta import (+32.5 peratus).
Lebihan dagangan mencatatkan nilai yang lebih tinggi RM138.6 bilion (+7.4 peratus).
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia bagi Julai 2022 menunjukkan, eksport telah berkembang 38.0 peratus berbanding Julai 2021 kepada RM134.1 bilion.
Pengembangan ini seiring peningkatan dalam eksport domestik dan eksport semula.
Eksport domestik berjumlah RM102.1 bilion, iaitu 76.2 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan telah meningkat 33.4 peratus tahun ke tahun.
Manakala, eksport semula mencatatkan RM32.0 bilion atau 23.8 peratus daripada jumlah eksport telah meningkat 55.1 peratus.
Sementara itu, prestasi import terus mengatasi eksport pada Julai 2022, meningkat 41.9 peratus kepada RM118.6 bilion.
Import mengikut penggunaan akhir mencatatkan pertumbuhan tahunan positif dengan peningkatan dalam barangan perantaraan (+32.2 peratus), barang modal (+29.6 peratus) dan barangan penggunaan (+33.2 peratus).
Imbangan dagangan pula meningkat kepada RM15.5 bilion berbanding Julai 2021 (+14.3 peratus) untuk merekodkan lebihan bulan ke-27 berturut-turut sejak Mei 2020.
Kenaikan eksport antara lain disokong oleh eksport yang lebih tinggi ke Singapura (+RM8.1 bilion), Hong Kong (+RM2.5 bilion), Amerika Syarikat (+RM2.3 bilion), Indonesia (+RM2.0 bilion), Jepun (+RM1.8 bilion), Thailand (+RM1.7 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.7 bilion), India (+RM1.6 bilion), Emiriah Arab Bersatu (+RM1.5 bilion) dan China (+RM1.4 bilion).
Memetik laporan itu, peningkatan import itu disumbangkan oleh import lebih tinggi dari Singapura (+RM7.5 bilion), China (+RM5.2 bilion), Taiwan (+RM3.2 bilion), Amerika Syarikat (+RM3.0 bilion), Indonesia (+RM2.7 bilion), Australia (+ RM2.4 bilion) dan Arab Saudi (+RM2.0 bilion).
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#jumlah perdagangan
#eksport
#import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan