KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum peningkatan pada April 2022 dengan jumlah perdagangan menokok 21.3 peratus tahun ke tahun kepada RM231.44 bilion, sekali gus merupakan pertumbuhan dua digit ke-15 bulan berturut-turut.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai bulanan tertinggi pada April.
Katanya eksport meningkat 20.7 peratus kepada RM127.49 bilion, pertumbuhan dua digit tahun ke tahun kesembilan bulan berturut-turut.
Sementara itu, import berkembang 22 peratus kepada RM103.95 bilion dan lebihan dagangan meningkat 15.7 peratus kepada RM23.55 bilion.
"Eksport ke pasaran utama khasnya ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit.
"Sementara itu, eksport ke AS merekodkan nilai bulanan tertinggi setakat ini," menurut kenyataan itu.
MITI menjelaskan, berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing berkurangan sebanyak 2.1 peratus, 3.1 peratus, 0.9 peratus dan 11.6 peratus.
Kementerian berkata, perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan telah merekodkan nilai tertinggi bagi tempoh Januari hingga April 2022.
"Perdagangan meningkat 22.9 peratus kepada RM856.21 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Eksport naik 21.8 peratus kepada RM472.39 bilion dan import tumbuh 24.3 peratus kepada RM383.82 bilion. Lebihan dagangan berkembang 12.1 peratus kepada RM88.57 bilion," katanya.
Mengenai prestasi eksport sektor utama, MITI berkata kesemua sektor utama merekodkan pertumbuhan dua digit eksport pada April 2022.
Eksport barangan perkilangan pada April 2022 yang menyerap 84.2 peratus daripada jumlah eksport, naik 17.2 peratus tahun ke tahun kepada RM107.39 bilion, kata MITI.
MITI berkata eksport keluaran pertanian (lapan peratus syer) meningkat 29.9 peratus kepada RM10.2 bilion berbanding April 2021, pertumbuhan dua digit ke-14 bulan berturut-turut yang disumbangkan kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Eksport hasil galian (7.3 peratus syer) berkembang 64.6 peratus tahun ke tahun kepada RM9.33 bilion, pertumbuhan dua digit ke-13 bulan berturut-turut yang disokong oleh pertumbuhan eksport gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah, katanya.
Berbanding Mac 2022, eksport barangan perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian masing-masing menyusut 1.9 peratus, 3.5 peratus dan 13.4 peratus.
Eksport keluaran pertanian menokok 43.6 peratus kepada RM37.37 bilion, dipacu oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Sementara itu, eksport hasil galian melonjak 60.4 peratus kepada RM33.74 bilion, disumbangkan oleh kenaikan eksport LNG, petroleum mentah serta bijih logam dan serpihan logam, katanya.
Berhubung prestasi perdagangan dengan pasaran utama, MITI berkata pada April 2022, perdagangan dengan ASEAN merangkumi 26.1 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, berkembang 21.4 peratus tahun ke tahun kepada RM60.48 bilion.
Berbanding Mac 2022, perdagangan, eksport dan import masing-masing menyusut lapan peratus, 11.4 peratus dan tiga peratus.
MITI memaklumkan, perdagangan dengan ASEAN bagi tempoh empat bulan pertama 2022, meningkat 26.4 peratus kepada RM229.62 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2021, manakala eksport ke rantau ini naik 23.0 peratus kepada RM134.3 bilion.
Sementara itu, import dari ASEAN menokok 31.7 peratus kepada RM95.32 bilion.
MITI berkata perdagangan dengan China pada April 2022, yang merangkumi 16.9 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia berkembang 10.1 peratus tahun ke tahun kepada RM39.22 bilion.
Berbanding Mac 2022, perdagangan dan import masing-masing meningkat 0.5 peratus dan tiga peratus, kata MITI sambil menyatakan perdagangan dengan China pada tempoh empat bulan pertama 2022 berkembang 17.5 peratus kepada RM150.56 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2021.
Perdagangan dengan AS pada April 2022 yang mewakili 9.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 21.1 peratus tahun ke tahun kepada RM22.13 bilion.
"Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masing-masing berkembang sebanyak 5.6 peratus, 5.7 peratus dan 5.3 peratus.
"Bagi tempoh Januari hingga April 2022, perdagangan dengan AS meningkat 16.7 peratus kepada RM78.79 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2021," katanya.
Menurut kementerian, perdagangan dengan EU yang menyumbang lapan peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia pada April 2022 meningkat 24.2 peratus tahun ke tahun kepada RM18.5 bilion.
Import dari EU berkembang 15.1 peratus kepada RM6.96 bilion, katanya.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan import masing-masing berkembang 1.1 peratus dan empat peratus, manakala eksport turun 0.5 peratus.
Pada tempoh empat bulan pertama 2022, perdagangan dengan EU meningkat 19.7 peratus kepada RM68.33 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2021, katanya.
MITI berkata perdagangan dengan Jepun yang merangkumi 6.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia naik 12.8 peratus tahun ke tahun kepada RM14.92 bilion.
Eksport berkembang 22.1 peratus kepada RM7.58 bilion, pertumbuhan dua digit ke-14 bulan berturut-turut yang disokong oleh kenaikan eksport LNG, manakala import dari Jepun naik 4.5 peratus kepada RM7.34 bilion.
"Berbanding Mac 2022, import meningkat 0.7 peratus, manakala perdagangan dan eksport masing-masing berkurangan sebanyak 7.3 peratus dan 13.9 peratus.
"Bagi tempoh Januari hingga April 2022, perdagangan dengan Jepun berkembang 13.1 peratus kepada RM56.66 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2021," katanya.
Mengenai perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada April 2022, yang merangkumi 65.7 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, MITI berkata ia naik 19.5 peratus tahun ke tahun kepada RM152 bilion.
Eksport ke rakan dagang FTA berkembang 20.3 peratus kepada RM84.23 bilion dan import menokok 18.4 peratus kepada RM67.77 bilion.
Sementara itu, menurutnya, eksport ke India berkembang 37.9 peratus kepada RM5.06 bilion berikutan kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, Turki (+42.7 peratus kepada RM1.85 bilion, barangan perkilangan logam) dan New Zealand (+44.8 peratus kepada RM416.3 juta, keluaran petroleum).
"Berbanding Mac 2022, import naik 1.1 peratus, manakala perdagangan dan eksport masing-masing menguncup 2.5 peratus dan 5.3 peratus.
"Perdagangan dengan rakan dagang FTA bagi tempoh empat bulan pertama 2022 yang merangkumi 66.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat 22.4 peratus kepada RM570.45 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2021," katanya.
Mengenai jumlah import Malaysia pada April 2022, MITI berkata ia berkembang 22 peratus tahun ke tahun kepada RM103.95 bilion dengan tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 74.0 peratus daripada jumlah keseluruhan import.
Ini termasuk barangan pengantara bernilai RM59.59 bilion atau 57.3 peratus daripada jumlah import, yang meningkat 28.1 peratus; barangan modal bernilai RM9.10 bilion atau 8.8 peratus daripada jumlah import, menyusut 2.4 peratus dan barangan penggunaan bernilai RM8.28 bilion atau lapan peratus daripada jumlah import, naik 9.7 peratus.
MITI menambah, bagi tempoh Januari hingga April 2022, import meningkat 24.3 peratus kepada RM383.82 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Kesemua sektor utama merekodkan pertumbuhan dua digit eksport pada April 2022. - Gambar fail/BERNAMA
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion.
Dagangan Malaysia meningkat 29.3 peratus pada Jun kepada RM188.7 bilion - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan kenaikan pada Jun 2021 dengan jumlah perdagangan meningkat 29.3 peratus kepada RM188.7 bilion berbanding Jun lalu.
Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016
Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas.
Mustapa: Perdagangan Malaysia dijangka berkembang 2 peratus
Jumlah perdagangan negara diunjur berkembang dua peratus pada 2016 meskipun persekitaran ekonomi yang mencabar.
Jumlah perdagangan M'sia Mac meningkat 1.6 peratus
Jumlah perdagangan Malaysia pada Mac 2013 meningkat 1.6 peratus kepada RM114.94 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu.