awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruterbang wanita AirAsia terbang tinggi dengan hijab Naelofar

Bernama
Bernama
08/06/2017
05:54 MYT
Juruterbang wanita AirAsia terbang tinggi dengan hijab Naelofar
Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh juruterbang wanita syarikat penerbangan itu. - Instagram / neelofa (Noor Neelofa Mohd Noor)
Juruterbang wanita bertudung AirAsia dan AirAsia X kini mengenakan Hijab Naelofar berwarna putih bagi memenuhi keperluan harian mereka, hasil usaha sama syarikat penerbangan dan jenama hijab terkemuka, Naelofar Hijab.
"Buat julung kalinya AirAsia bekerjasama dengan pereka hijab untuk menghasilkan hijab bagi juruterbang wanita kami yang bertudung. Kami kini merancang untuk bekerjasama dengan Naelofa Hijab bagi memberi nafas baharu kepada rekaan hijab untuk semua petugas lain yang bertudung," kata Ketua Penjenamaan Serantau AirAsia, Rudy Khaw, dalam satu kenyataan.
Neelofa, pengasas Naelofar Hijab, berkata peluang mereka hijab wanita itu sangat menarik dan memberikan syarikat itu peluang untuk mecipta hijab khusus, selasa, praktikal dan bergaya.
"Bekerja secara langsung dengan AirAsia dan juruterbang wanita mereka dalam setiap perincian rekaan hijab itu merupakan pengalaman yang menyeronokan, dan kami berpuas hati dengan produk yang dihasllkan," katanya.
Juruterbang wanita AirAsia terlibat langsung dalam prosess rekaan dan bekerja rapat dengan pereka Naelofar Hijab bagi menghasikan produk yang praktikal, selesa dan bergaya untuk tugasan harian mereka.
Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.
Hijab terbaharu itu menggunakan sejenis fabrik istimewa dengan ciri-ciri tambahan yang fleksibel untuk memudahkan pergerakan pemakai, dengan sentuhan terakhir dihiasi simbol Naelofar Hijab bertatahkan kristal Swarovski.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Naelofar Hijab
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan