Kadar kemiskinan di Sabah menurun kepada 4.0 peratus pada tahun 2014 berbanding 8.1 peratus pada tahun 2012 dan 19.7 peratus pada tahun 2009, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Musa berkata penurunan berkenaan adalah hasil keberkesanan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif oleh kerajaan dalam membela golongan kurang berkemampuan di negeri ini.
"Penurunan kadar kemiskinan ini jelas membuktikan kesungguhan dan komitmen Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan usaha-usaha membasmi kemiskinan.
"Antaranya menerusi program 1AZAM, Mini Estet Sejahtera (MESEJ), Agropolitan, Ladang PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin), Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES) dan Program Bantuan Rumah (PBR)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) / Pembasmian Kemiskinan Negeri Sabah di sini.
Musa juga berkata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di luar bandar di Sabah bagi miskin tegar dan miskin di Sabah masing-masing telah meningkat kepada RM760 dan RM1,180 pada tahun 2014.
Katanya bagi kawasan bandar pula, angka PGK bagi miskin tegar dan miskin juga telah meningkat masing-masing kepada RM690 dan RM1,160 pada tahun 2014 berbanding RM630 dan RM1,080 pada 2012.
Menurut Musa usaha membasmi kemiskinan perlulah komprehensif dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan luar bandar sebaliknya perhatian sewajarnya perlu diberi kepada kemiskinan dalam bandar.
"Saya menyeru semua pihak agar terus meningkatkan usaha, komitmen dan kerjasama bagi memastikan program pembasmian kemiskinan di seluruh negeri mencapai matlamatnya untuk kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar," tegasnya.
Mengenai Program Bantuan Rumah (PBR) sejak Rancangan Malaysia RMK-10 hingga ke hari ini, Musa berkata sebanyak 1,026 buah rumah milik golongan daif atau kurang berkemampuan telah dibina semula bagi menyediakan kemudahan lebih selesa kepada golongan itu.
Bernama
Wed Oct 26 2016
Menurut Musa, usaha membasmi kemiskinan perlulah komprehensif dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan luar bandar sebaliknya perhatian sewajarnya perlu diberi kepada kemiskinan dalam bandar. - Gambar fail
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Kadar kemiskinan di Sabah menurun kepada 4.0 peratus pada tahun 2014
Kadar kemiskinan di Sabah menurun kepada 4.0 peratus pada tahun 2014 berbanding 8.1 peratus pada tahun 2012 dan 19.7 peratus pada tahun 2009, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Indonesia terus catat pertumbuhan ekonomi
Indonesia terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi namun pada kadar menurun.