KUALA LUMPUR: Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting dalam mengurangkan impak kejutan luaran terhadap aktiviti ekonomi domestik, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Justeru, Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus menguruskan risiko daripada perkembangan domestik dan luaran bagi menangani volatiliti dalam pasaran pertukaran asing serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur.
"BNM sebagai bank pusat yang bertanggungjawab terhadap kestabilan pasaran kewangan dan mata wang akan sentiasa memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa.
MoF berkata demikian sebagai menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin mengetahui sama ada ringgit akan terus mengalami tekanan dalam tempoh jangka masa panjang.
Menurut kementerian itu, pemulihan kestabilan pasaran dunia, penambahbaikan sentimen pelabur dan lebihan penerimaan pertukaran wang asing yang dipengaruhi oleh kegiatan teras ekonomi negara dijangka memperkukuhkan nilai ringgit.
"Sebagai sebuah negara perdagangan dan ekonomi yang terbuka, permintaan terhadap ringgit akan terus dipengaruhi oleh faktor-faktor global," katanya.
Mengulas lanjut mengenai faktor yang memberi tekanan kepada mata wang tempatan, kementerian itu berkata penyusutan nilai ringgit yang dialami dalam tempoh terdekat ini sebahagian besarnya didorong oleh perkembangan global, khususnya pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China.
Menurutnya, trend penyusutan turut dialami mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China, dan peso Filipina berbanding dolar AS pada tahun ini.
Sementara itu MoF berkata nilai ringgit telah menyusut sebanyak -7.3 peratus berbanding dolar AS setakat 2 Nov, 2023.
Penyusutan itu adalah sejajar dengan mata wang ASEAN lain seperti baht Thailand yang merosot sebanyak - 3.8 peratus, rupiah Indonesia (-1.8 peratus), dolar Singapura (-1.8 peratus) dan peso Filipina (-1.5 peratus).
"Bagi separuh kedua tahun ini pula, walaupun ringgit masih menyusut sebanyak -0.9 peratus berbanding dolar AS, unit tempatan itu mencatatkan prestasi yang lebih baik berbanding negara jiran seperti baht Thailand.
"Di samping itu, kadar pertukaran efektif nominal ringgit (NEER) iaitu indeks yang mengukur prestasi ringgit berbanding mata wang rakan perdagangan utama Malaysia juga menunjukkan kedudukan yang stabil pada suku ketiga 2023 iaitu meningkat sebanyak +1.0 peratus," katanya.
Kementerian Kewangan berkata demikian sebagai menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) mengenai perbandingan nilai ringgit berbanding dengan mata wang negara-negara ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023
Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting dalam mengurangkan impak kejutan luaran terhadap aktiviti ekonomi domestik, kata Kementerian Kewangan (MoF). - Gambar hiasan/Wikipedia
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel kurangkan impak kejutan luaran - MoF
Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting dalam mengurangkan impak kejutan luaran terhadap aktiviti ekonomi domestik, kata Kementerian Kewangan (MoF).