Skip to main content

Malaysia

Sultan Pahang berkenan adakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri UAE

Pertemuan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala, termasuk kerjasama ekonomi, pelaburan, pembangunan mampan dan hubungan antara rakyat kedua-dua pihak. - Foto FB Kesultanan Pahang
Pertemuan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala, termasuk kerjasama ekonomi, pelaburan, pembangunan mampan dan hubungan antara rakyat kedua-dua pihak. - Foto FB Kesultanan Pahang

Ringkasan AI

  • Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan.
  • Pertemuan membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala, termasuk kerjasama ekonomi, pelaburan, pembangunan mampan dan hubungan antara rakyat kedua-dua pihak.
  • Kerajaan Pahang berharap pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih kukuh serta menarik minat pelabur UAE ke negeri itu.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan, sempena keberangkatan rasmi Paduka Baginda ke negara berkenaan.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting bagi kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau serta membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala antara negeri Pahang dan Kerajaan Abu Dhabi dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

Selain mempererat hubungan sedia ada, pertemuan berkenaan turut membuka ruang untuk meneroka potensi kerjasama yang lebih luas, termasuk memperkukuh hubungan antara rakyat kedua-dua pihak serta kerjasama dalam aspek kemanusiaan.

Advertisement

Usaha mempertingkatkan kerjasama strategik itu dilihat berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkasa hubungan ekonomi, pelaburan dan pembangunan yang mampan.

Sehubungan itu, Kerajaan Pahang berharap hubungan erat yang terjalin menerusi pertemuan tersebut dapat menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh dengan Abu Dhabi, sekali gus menarik minat pelabur dari Emiriah Arab Bersatu untuk meneroka peluang pelaburan dalam pelbagai sektor berpotensi di negeri itu.

Advertisement

Pertemuan berkenaan turut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperluas jaringan kerjasama yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran bersama pada masa hadapan.

Must Watch Video

Advertisement