awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
KTMB sasar 1.2 juta penumpang guna ETS pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian Ipsos: KWSP organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
30/01/2022
11:03 MYT
Kajian Ipsos: KWSP organisasi paling dipercayai rakyat Malaysia
Dapatan kajian itu dilakukan Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) ke atas lebih 100 organisasi dan institusi tabung amanah di negara ini. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi organisasi dan institusi tabung amanah yang paling dipercayai rakyat Malaysia pada tahun 2021.
KWSP memperoleh 79 mata, manakala Bank Negara Malaysia (BNM) dan Petronas berada di belakang dan berkongsi mata sama iaitu 77 mata.
Turut tersenarai dalam ranking lima teratas ialah Pos Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan masing-masing 75 mata.
Dapatan kajian itu dilakukan Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) ke atas lebih 100 organisasi dan institusi tabung amanah di negara ini.
Sementara itu, dapatan kajian turut mendapati kebanyakan syarikat paling dipercayai di Malaysia beroperasi dalam negara.
Bagaimanapun, sektor hiburan atau media mendapat mata paling rendah dipercayai di peringkat global.
Di Malaysia, Netflix mengatakan syarikat itu paling dipercayai dalam industri berkenaan.
Secara keseluruhannya, kepercayaan rakyat kepada syarikat dan institusi telah meningkat secara konsisten pada 2021.
Peningkatan ini mencerminkan peranan yang dimainkan oleh organisasi ketika tahun wabak, cabaran ekonomi, dan bencana alam.
Selain itu, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pengawal selia kerajaan, dan entiti telekomunikasi dilihat mengalami peningkatan kepercayaan yang signifikan.
Sektor-sektor utama bagi kepenggunaan, kewangan dan media memperoleh tahap kepercayaan yang stabil, manakala, industri automotif mengalami penurunan.
Kajian kepercayaan Ipsos membabitkan 3,000 responden yang ditemu bual secara bersemuka.
Topic Berkaitan
#Kajian
#Ipsos
#Malaysia
#syarikat
#tabung amanah
#KWSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan