Moody's Investors Service berkata langkah dasar yang diambil dalam kalangan lima negara ASEAN akan mengurangkan kesan negatif COVID-19 namun tidak akan mengimbangi peningkatan risiko kemelesetan atau kredit bagi kebanyakan sektor.
Dalam laporan terkini hari ini, Moody's memberi penarafan (berdasarkan Penarafan Obligasi Korporat Jangka Panjang) A3 stabil kepada Malaysia, Filipina (Baa2 stabil), Indonesia (Baa2 stabil), Vietnam (Ba3 negatif) dan Thailand (Baa1 stabil).
"Pelbagai polisi yang diambil akan meringankan tekanan kredit-negatif kepada syarikat, bank dan ekonomi yang lebih meluas, namun, kelemahan perdagangan, harga komoditi dan sentimen umum akan menampung pertumbuhan lima negara terbabit," kata Penolong Naib Presiden Moody's Deborah Tan.
Menurut laporan itu, lima negara berkenaan bersepadu dalam rantaian bekalan pembuatan serantau dan mengalami penurunan mendadak dalam aliran perdagangan luaran, manakala sekatan perjalanan yang masih berlaku turut mempengaruhi perolehan dan pendapatan eksport melibatkan pelancongan.
Pada masa yang sama, harga komoditi yang lembap menekan perolehan fiskal bagi pengeksport komoditi.
Ketidakstabilan pasaran kewangan mencetuskan aliran keluar modal pada Mac dan April, walaupun kebergantungan yang rendah bagi hutang dalam denominasi mata wang asing bagi kebanyakan kerajaan akan melindunginya daripada risiko penyusutan nilai mata wang.
"Kos fiskal kepada langkah-langkah sokongan itu akan menjadi signifikan dengan beban hutang yang stabil mulai 2021 bagi kebanyakan negara, walaupun kalangan lima negara ASEAN itu mempunyai penampan yang mencukupi sebelum pandemik itu yang menyediakan mereka ruang fiskal untuk memberi maklum balas terhadap krisis itu," kata Tan.
Moody's mendapati langkah-langkah dasar bagi sektor kewangan kebanyakannya memberi penekanan untuk menyediakan mudah tunai kepada bank untuk menyokong pinjaman baharu dan menerusi penstrukturan kredit seperti moratorium hutang.
Menurut analisisnya, selepas moratorium itu berakhir, pinjaman bermasalah bank dijangka meningkat.
"Beberapa sektor korporat akan menerima manfaat langsung daripada bantuan kerajaan dengan perusahaan milik negara yang penting dijangka mendapat keutamaan menerima sokongan kewangan langsung. Namun, syarikat milik swasta turut menerima bantuan daripada langkah dasar yang lebih luas seperti pengecualian sementara cukai dan kadar faedah yang rendah.
"Sektor infrastruktur akan turut menerima sokongan yang terhad berikutan beberapa negara di rantau ini telah mengambil langkah untuk menyokong syarikat-syarikat terbabit melainkan Indonesia," katanya.
Moody's berkata kerajaan juga telah mengalihkan sebahagian daripada beban berkaitan sokongan dasar kepada penyedia utiliti dan infrastruktur yang lain.
"Bagaimanapun, sifat penting bagi perkhidmatan syarikat-syarikat ini mungkin membantu menyokong permintaan kepada sebahagiannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
Moody's memberi penarafan (berdasarkan Penarafan Obligasi Korporat Jangka Panjang) A3 stabil kepada Malaysia, Filipina (Baa2 stabil), Indonesia (Baa2 stabil), Vietnam (Ba3 negatif) dan Thailand (Baa1 stabil). - Gambar fail
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Moh Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Malaysia akan menjadi destinasi pelaburan selamat pada 2021, kata RHB
RHB berpandangan sekiranya ketidakstabilan meningkat di pasaran dunia di tengah-tengah kekurangan dolar US di rantau ini, aliran keluar yang besar dari Malaysia akan berlaku.
Kalangan lima negara ASEAN termasuk Malaysia berdepan risiko peningkatan kredit - Moody's
Lima negara itu bersepadu dalam rantaian bekalan pembuatan serantau dan mengalami penurunan mendadak dalam aliran perdagangan luaran.
ValueCap tepat untuk sokong Bursa
Pakar pelaburan menyifatkan langkah mewujudkan semula ValueCap Sdn Bhd dengan dana RM20 bilion mampu mengembalikan pelabur asing serta menyokong pasaran saham.