awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK 2021 sekitar 5.0 peratus sekiranya PKP 2.0 dilanjutkan lselepas 18 Feb - Affin Hwang Capital

Bernama
Bernama
04/02/2021
10:29 MYT
KDNK 2021 sekitar 5.0 peratus sekiranya PKP 2.0 dilanjutkan lselepas 18 Feb - Affin Hwang Capital
PKP 2.0 dijadualkan berakhir pada 4 Februari di semua negeri kecuali Sarawak, tetapi telah dilanjutkan sehingga 18 Februari. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Affin Hwang Capital menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berlegar sekitar 5.0 peratus tahun ini sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (MCO 2.0) dilanjutkan lagi selepas 18 Feb ini.
PKP 2.0 dijadualkan berakhir pada 4 Februari di semua negeri kecuali Sarawak, tetapi telah dilanjutkan sehingga 18 Februari.
Ketua ekonomi Alan Tan berkata sekiranya PKP 2.0 diteruskan lagi melangkaui 18 Feb ini, pertumbuhan ekonomi akan menjadi perlahan tetapi keadaan ini diharapkan dapat diimbangi dengan rangsangan fiskal yang akan menyokong aktiviti ekonomi tahun ini.
"Dengan mengandaikan jumlah kes (COVID-19) terus meningkat dan prosedur operasi standard menjadi semakin ketat sehingga suku kedua tahun ini, kita akan melihat beberapa kesan daripada PKP 2.0 ini," katanya dalam taklimat media secara maya di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau menambah dengan adanya perbincangan berkaitan pelancaran vaksin, rangsangan fiskal berserta persekitaran luaran yang lebih baik terutama yang disokong oleh pemulihan China, pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka berada pada sekitar 5.0 peratus tahun ini berbanding penguncupan 5.0 peratus tahun lepas.
Mengenai kesan kedudukan fiskal daripada kemungkinan lanjutan PKP 2.0, Tan menjangkakan defisit fiskal akan meningkat menjadi enam peratus daripada KDNK tahun 2021 berbanding 5.4 peratus yang diunjurkan oleh kerajaan.
"Dengan mengandaikan PKP 2.0 dilanjutkan ke bulan Mac, kemungkinan beberapa langkah rangsangan akan diperkenalkan.
"Kemungkinan langkah-langkah ini dijangka dapat mengekalkan defisit fiskal pada 6.0 peratus daripada KDNK tahun ini, sama seperti jangkaan bagi tahun 2020," tambah beliau.
Mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) pula, Tan menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar faedah penanda aras pada 1.75 peratus tahun ini berikutan pengurangan 125 mata asas yang berlaku pada tahun 2020.
"Jawatankuasa Dasar Monetari dalam mesyuaratnya baru-baru ini menyatakan tahap semasa 1.75 peratus itu boleh menyokong pertumbuhan ekonomi.
"Oleh itu, kami percaya bank pusat cenderung untuk mengekalkan kadar pada 1.75 peratus (untuk tahun ini)," katanya.
Berkenaan prestasi ringgit, Tan berkata Affin Hwang Capital meramalkan unit tempatan berada pada paras 4.10 berbanding dolar AS menjelang akhir 2021 daripada unjuran 4.02 tahun lepas.
"Kami percaya ekonomi Amerika Syarikat telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan rancangan pakej rangsangan di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden juga akan membantu dalam pemulihan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#KDNK
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#Malaysia
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan