awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ngauman harimau di Proton CIty, Perhilitan hantar petugas untuk pantau
Agong berkenan tandatangan Akta Antibuli 2026
Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman

Bernama
Bernama
09/01/2026
15:30 MYT
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
Tengku Hazman mengingatkan anak buahnya tidak mengulangi kesilapan mudah yang menyebabkan mereka dihukum dengan jaringan gol lawan. - Gambar Stadium ASTRO
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) tidak melakukan rombakan besar dalam barisan pemain untuk menentang PDRM FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor esok.

Ringkasan AI
  • Terengganu FC (TFC) tidak melakukan rombakan besar dalam barisan pemain untuk perlawanan menentang PDRM FC, disebabkan masalah kecederaan dan kontrak pemain import yang ditamatkan awal.
  • Pemangku Ketua Jurulatih TFC, Tengku Hazman Raja Hassan menekankan pentingnya persembahan positif pemain tempatan untuk mengatasi kekurangan pemain asing dan meraih tiga mata penuh.
  • TFC perlu mengelakkan kesilapan mudah, bangkit dengan cepat, serta mengekalkan semangat juang untuk memperbaiki kedudukan mereka di tangga kelima Liga Super.

Pemangku Ketua Jurulatih TFC Tengku Hazman Raja Hassan berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan, terutamanya pemain import ekoran masalah kecederaan dan ditamatkan kontrak lebih awal.
Jurulatih berusia 48 tahun itu berkata sandaran dan tugas penting terpaksa diletakkan pada pemain tempatan untuk membawa pulang tiga mata penuh selepas kekalahan mengejut 0-2 kepada Penang FC di laman sendiri sebelum ini.
"Kita akan turunkan pemain sama kerana ada yang masih cedera dan pengambilan pemain baharu untuk perpindahan jendela kedua masih dalam proses.
"Ini mungkin peluang untuk pemain tempatan dan bakat muda kita menyerlah. Saya harap mereka boleh memberi sehabis baik untuk kita kutip tiga mata penuh," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Tengku Hazman turut mengingatkan anak buahnya tidak mengulangi kesilapan mudah yang menyebabkan mereka dihukum dengan jaringan gol lawan, selain perlu bangkit dengan pantas dan mengekalkan semangat juang sehingga tamat perlawanan.
"Kesilapan mudah boleh membuka peluang pasukan lawan menjaringkan gol sekali gus menurunkan semangat pemain.
"Saya mahu pemain lebih berhati-hati dan tidak gopoh kerana kita wajib mendapatkan tiga mata untuk memperbaik kedudukan dalam liga," katanya.
TFC ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super selepas mengumpul 18 mata daripada 13 perlawanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#PDRM
#rombakan besar
#jaringan gol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan