Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Januari 2026.
Baginda bertitah, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang mesti terus dipelihara dan dipertahankan.
Ramkarpal persoal mengapa dapatan prima facie Mahkamah Tinggi 2022 tidak diambil kira.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan membuka tirai pada Sabtu, dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengutip hasil sebanyak RM76.18 bilion sehingga 31 Disember 2025.
Kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan kes tikam pelajar di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada tahun 2025 membuka mata kelemahan aspek keselamatan di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula sistem peperiksaan negara melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), susulan polemik dibangkitkan masyarakat.
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang enggan mengisytiharkan empat kerusi Parlimen di Sabah sebagai kosong, yang dimenangi bekas ahli parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kepimpinan perlu berlandaskan integriti, komitmen menentang rasuah dan dasar ekonomi yang menangani masalah rakyat khususnya berkaitan kos sara hidup dan pendapatan.
UMNO menerima 662 usul daripada 175 bahagian sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 pada minggu depan dengan tiada usul mencadangkan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
residen Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mencadangkan supaya pemain lebih selektif dalam menyertai kejohanan pada mesyuarat sulung majlis badan induk sukan itu bagi 2026, esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


