awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024

Shaznina Rozman
Shaznina Rozman
17/05/2024
04:17 MYT
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
BNM memaklumkan, walaupun menghadapi persekitaran luar yang mencabar, akaun semasa imbangan pembayaran terus mencatatkan lebihan yang lebih tinggi sebanyak RM16.2 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
Sementara itu, jumlah perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM690.6 bilion bagi suku pertama 2024.
Perdagangan tersebut dengan nilai eksport kasar meningkat 2.2 peratus kepada RM362.4 bilion, manakala import kasar berkembang 13.1 peratus dengan nilai sebanyak RM328.2 bilion.
Dari segi pelarasan musim suku tahunan, ekonomi berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama 2024 berbanding penguncupan sebanyak 1.0 peratus pada suku tahun keempat 2023.
Bank pusat itu memaklumkan, walaupun menghadapi persekitaran luar yang mencabar, akaun semasa imbangan pembayaran terus mencatatkan lebihan yang lebih tinggi sebanyak RM16.2 bilion atau 3.6 peratus kepada pendapatan negara kasar.
Prestasi ini didorong oleh lebihan dalam akaun barangan dan defisit akaun pendapatan primer yang lebih rendah.
Sementara itu, kadar inflasi semakin menyederhana, iaitu sebanyak 1.7 peratus, berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2023.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#KDNK
#Keluaran Dalam Negara Kasar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan