Skip to main content

Bisnes

KDNK suku ketiga dijangka kekal 5.3 peratus - Akmal Nasrullah

Akmal Nasrullah berkata anggaran berkenaan dibuat berdasarkan unjuran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga yang akan diumumkan DOSM esok. - Foto fail/BERNAMA
Akmal Nasrullah berkata anggaran berkenaan dibuat berdasarkan unjuran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga yang akan diumumkan DOSM esok. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

PUTRAJAYA: Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku ketiga 2026 dijangka kekal pada 5.3 peratus, selaras dengan anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata anggaran berkenaan dibuat berdasarkan unjuran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga yang akan diumumkan DOSM esok.

“Setakat ini, seperti yang kita unjurkan, anggaran awal pertumbuhan ekonomi bagi suku ketiga adalah pada 5.3 peratus.

Advertisement

“Selain itu, jika diteliti semula dapatan sebelum ini, apabila kita membuat anggaran awal itu juga, terdapat beberapa perkara berkaitan maklumat atau data yang belum disempurnakan sepenuhnya.

“Oleh itu, saya menjangka unjuran untuk esok, jika tidak sama, insya-Allah (perbezaan itu) okey lagilah sikit,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan bulanan Kementerian Ekonomi di sini hari ini.

Advertisement

Akmal Nasrullah berkata berdasarkan pengumuman terdahulu, anggaran awal DOSM lazimnya tidak jauh berbeza daripada angka sebenar, selain mengambil pendekatan yang berasaskan keadaan ekonomi semasa.

Sebelum ini, anggaran awal DOSM menunjukkan ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga tahun ini dan KDNK negara bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 setakat ini dilaporkan mencecah 5.5 peratus.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement