awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Inflasi Mei 2025 catat 1.2 peratus, terendah sejak 2020
MALAYSIA
STPM 2024 catat PNGK Nasional 2.85, tertinggi dalam rekod
MALAYSIA
Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Kecurian kabel ancam jadual siap ECRL - CEO MRL

Bernama
Bernama
24/06/2025
00:30 MYT
Sponsor Banner
Kecurian kabel ancam jadual siap ECRL - CEO MRL
Darwis (kanan) berkata, sekiranya CCCC lewat menyerahkan projek ECRL tersebut yang dijadual memulakan operasi pada 2027, syarikat konglomerat itu dijangka mengalami kerugian RM1.25 juta sehari. - Foto BERNAMA
BEIJING: Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyatakan kebimbangan berikutan kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang kini berada pada fasa penting menjelang penyempurnaan pada Disember 2026.

Ringkasan AI
  • Kecurian Kabel Jejas Projek - Projek ECRL berdepan isu serius akibat kecurian kabel dan transformer di beberapa lokasi, yang boleh menjejaskan jadual ujian tren dan meningkatkan kos baik pulih.
  • Kemajuan Pembinaan & Persiapan Operasi - Setakat Mei 2025, projek ECRL telah mencapai 83.38% kemajuan. Ujian sistem dan tren dijadualkan bermula Jun 2026, dengan operasi penuh disasar bermula awal 2027.
  • Tindakan Keselamatan & Sokongan Industri - MRL telah membuat laporan polis dan akan lantik syarikat keselamatan untuk pantau aset projek. Projek ini juga mendapat sambutan awal memberangsangkan dari industri logistik bagi perkhidmatan kargo.

Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata beberapa kejadian kecurian kabel dikesan di lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL, merentas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
"Perkara ini bukan sahaja meningkatkan kos baik pulih dan penggantian, malah juga berisiko menunda jadual ujian dan pentauliahan tren yang dijangka bermula pada Jun 2026," katanya semasa temu bual bersama delegasi media Malaysia di sini.
Media Malaysia berada di sini untuk kunjungan ke ibu pejabat kontraktor utama projek ECRL, China Communications Construction Company Ltd (CCCC) serta ibu pejabat pembuat tren ECRL, CRRC Dalian Locomotive Rolling Stock Co, Ltd (CRRC Dalian) yang merupakan anak syarikat milik penuh CRRC Corporation.
Projek infrastruktur mega itu milik MRL, anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), manakala China Communications Construction Company (CCCC) pula sebagai kontraktor utama.
Beliau berkata sekiranya CCCC lewat menyerahkan projek tersebut yang dijadualkan memulakan operasi pada 2027, syarikat konglomerat itu dijangka mengalami kerugian RM1.25 juta sehari.
Darwis berkata selaku pemilik projek, MRL telah membuat laporan polis mengenai insiden tersebut dan sedang mengambil langkah tambahan termasuk melantik syarikat keselamatan khusus bagi memantau dan melindungi aset ECRL di lapangan.
"Bagaimanapun, kami juga amat mengharapkan kerjasama berterusan daripada pihak berkuasa dan komuniti setempat untuk bersama-sama membendung jenayah ini. Ini adalah projek nasional yang perlu kita jaga bersama," katanya.
Beliau juga merancang untuk bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan ketua polis setiap negeri terbabit bagi mendapatkan kerjasama dan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu.
Dalam pada itu, setakat Mei 2025, kadar kemajuan keseluruhan projek ECRL mencecah 83.38 peratus dan berada pada landasan terbaik untuk disiapkan menjelang Disember 2026, katanya.
Beliau berkata 2025 merupakan tempoh paling kritikal, dengan kerja-kerja pemasangan sistem komunikasi, informasi dan semboyan kini bermula di Stesen Kota SAS (Sultan Ahmad Shah) dan akan diteruskan secara serentak di beberapa stesen lain.
Bagaimanapun, sejak sistem itu mula dipasang bermula di Stesen Kota SAS pada Mac 2025, projek ECRL sering menjadi sasaran pencuri kabel. katanya.
Darwis berkata selain Kota SAS, kes kecurian kabel serta beberapa unit transformer turut dilaporkan di kawasan Paya Besar/Gambang, Cherating dan Bandar Pelabuhan Kuantan di Pahang; Chukai, Dungun dan Kemasik di Terengganu dan Pasir Puteh, Kelantan,
Dalam perkembangan lain, beliau berkata dua set pertama tren Elektrik Pelbagai Gerabak (EMU) bersama dua lokomotif elektrik bagi pengangkutan kargo buatan CRRC Dalian Locomotive Rolling Stock Co., Ltd dijangka tiba di Malaysia akhir tahun ini.
Kumpulan seterusnya akan tiba secara berperingkat bermula April 2026, katanya.
"Ujian dan pentauliahan untuk sistem dan tren dijadualkan bermula pada Jun 2026. Ini fasa penting yang menentukan kesediaan kita untuk memulakan operasi," katanya.
Beliau juga berkata kerja-kerja penembusan bagi 38 terowong telah berjaya dilaksanakan daripada keseluruhan jajaran projek, dan dua lagi penembusan iaitu bagi Terowong Serendah 2 dan Terowong Berkembar Genting masing-masing dijangka berjaya dilakukan menjelang akhir bulan ini dan awal bulan hadapan.
Semua kerja pengambilan tanah bagi laluan utama ECRL dari Kota Bharu, Kelantan hingga ke Pelabuhan Klang, Selangor kini selesai sepenuhnya, dengan kerjasama kerajaan negeri yang terlibat, katanya.
"Hanya beberapa lot tambahan diperlukan khusus bagi penyesuaian sistem elektrifikasi seperti untuk Tenaga Nasional Bhd, namun jajaran utama telah kita peroleh 100 peratus," katanya.
Selain itu, Darwis berkata perkhidmatan kargo ECRL menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pemain industri logistik.
Setakat ini menerima komitmen awal antara 800,000 tan hingga 1 juta tan bagi tahun pertama operasi yang dijadualkan bermula pada awal 2027, katanya.
Projek ECRL sepanjang 665 kilometer merupakan projek infrastruktur terbesar di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China di Malaysia yang dijangka meningkatkan jaringan pengangkutan dan merangsang pembangunan ekonomi di pantai timur Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ECRL
#Curi Kabel
#darwis abdul razak
#kelewatan
#CCCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami