awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan tidak pernah lulus lesen jual vape - Exco

Bernama
Bernama
22/04/2025
08:00 MYT
Kelantan tidak pernah lulus lesen jual vape - Exco
Tindakan rondaan dan penguatkuasaan oleh PBT, sentiasa dijalankan bagi membanteras aktiviti penjualan serta pengiklanan vape di Kelantan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah meluluskan sebarang lesen perniagaan kepada premis penjualan rokok elektronik atau vape.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata tindakan rondaan dan penguatkuasaan oleh PBT, sentiasa dijalankan bagi membanteras aktiviti penjualan serta pengiklanan vape di Kelantan.
"Selain itu, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) jelas mengawal dengan lebih ketat kegiatan penjualan, pengiklanan dan tempat merokok semua jenis produk termasuk vape," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Hilmi berkata demikian bagi menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) mengenai langkah perlu diambil bagi menangani isu kedai nanostix dan vape, yang masih banyak beroperasi di kawasan kawalan PBT.
Beliau berkata pada tahun lepas, 40 operasi vape dilaksanakan selain menyita 67 premis.
"Sehingga Mac tahun ini, sebanyak 10 operasi dilaksanakan dan 16 premis disita. Kita mohon semua pihak di Kelantan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan vape," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelantan
#vape
#lesen jualan
#Hilmi Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan