awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai

Bernama
Bernama
25/12/2025
14:30 MYT
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Chenis, Pahi, hari ini. - Foto Sinar Harian
KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Chenis, Pahi, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Mohd Maizan Mustaffa berkata ketika kejadian pada 10.55 pagi itu, lori terbabit dari arah Jalan Utama Kota Bharu-Gua Musang menghala ke Kampung Chenis, manakala motosikal ditunggang bapa saudara mangsa yang berusia 35 tahun itu dalam perjalanan ke Bukit Pelampong.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa terlanggar bahagian kanan lori yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa yang juga pembonceng telah mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala bapa saudara mangsa hanya cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkan maklumat ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurhasmira Tajol menerusi talian 09-9666222," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kemalangan
#Kuala Krai
#Jalan Kampung Chenis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami