awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedah sasar lebih tujuh juta pelancong sempena TMM2026
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kewangan pantau dan perinci bantuan sepanjang PPN - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
24/06/2021
11:05 MYT
Kementerian Kewangan pantau dan perinci bantuan sepanjang PPN - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Beliau berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki RM100 bilion daripada pakej rangsangan ekonomi serta RM200 bilion daripada Belanjawan 2021 yang masih belum dibelanjakan.
"Bagaimanapun, pencapaian tahap pemvaksinan tetap menjadi kunci kepada strategi keluar bagi PPN dalam membantu membuka sektor-sektor terjejas secara berperingkat sepanjang fasa-fasa yang akan datang," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-58, yang dikeluarkan, hari ini.
Tengku Zafrul berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan COVID-19.
"Setakat 11 Jun 2021, terdapat 669 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 331 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM65.9 juta," katanya.
Sementara itu, katanya, seramai 143,309 peserta dalam program latihan dan kemahiran semula telah diluluskan setakat 11 Jun untuk mengambil bahagian dalam program-program yang disediakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#COVID-19
#Belanjawan 2021
#Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz
#Pelan Pemulihan Negara
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan