BISNES
Kenderaan Volkswagen hasilkan tahap karbon luar biasa

Masalah itu berkemungkinan melibatkan sejumlah 800,000 kenderaan di seluruh Eropah. - Gambar Fail
Syarikat pengeluar kereta Jerman, Volkswagen yang berdepan skandal penipuan ujian pembebasan karbon, mendedahkan pada Selasa ia mengesan tahap pengeluaran karbon luar biasa pada kenderaan keluarannya.
Masalah itu berkemungkinan melibatkan sejumlah 800,000 kenderaan di seluruh Eropah.
Menurut Volkswagen, masalah itu dikesan ketika siasatan berhubung skandal ujian karbon dijalankan sebelum ini.
Pendedahan terbaharu ini bermungkinan melibatkan kerugian US$2.16 bilion (RM9.1 bilion).
Masalah tersebut melibatkan enjin diesel, dan tidak terkecuali model enjin petrol.
Syarikat itu bagaimanapun tidak memperincikan model kenderaan yang terlibat.
Bagaimanapun di sebalik skandal yang melanda, Volkswagen melaporkan peningkatan jualan bagi bulan Oktober.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami