awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan menteri penerbangan berhubung Airasia India burukkan lagi keadaan

Bernama
Bernama
07/10/2020
00:15 MYT
Kenyataan menteri penerbangan berhubung Airasia India burukkan lagi keadaan
Menteri Penerbangan Awam India Hardeep Singh Puri. - Foto Twitter Hardeep Singh Puri
NEW DELHI:Kenyataan menteri penerbangan India baru-baru ini bahawa AirAsia India akan menutup operasinya telah mengetengahkan masalah yang dihadapi syarikat penerbangan tambang rendah berusia enam tahun itu di negara ini.
Terdapat beberapa laporan dalam media India bahawa AirAsia India, usaha sama di antara AirAsia Bhd dari Malaysia dengan konglomerat India, Tata Sons, sedang menghadapi masalah pendanaan.
Mengulas soalan mengenai syarikat penerbangan itu, Menteri Penerbangan Awam, Hardeep Singh Puri berkata syarikat tersebut akan menutup operasinya.
"Syarikat induk mereka mempunyai masalah," katanya.
Menurut laporan Times of India, Tata Sons, yang memiliki 51 peratus daripada usaha sama itu, berhasrat membeli 49 peratus kepentingan AirAsia Group Bhd.
"AirAsia, disebabkan masalah kewangannya, tidak berminat untuk memberi modal ke dalam syarikat usaha sama itu. Ia mahu syarikat usaha sama berkenaan berhutang untuk menjalankan operasinya.
"Tata Sons digesa mempertimbangkan untuk membeli AirAsia," menurut sumber tidak dinamakan yang dipetik dalam laporan berkenaan.
Penerbangan merupakan antara perniagaan yang paling terjejas di India semasa pandemik COVID-19.
AirAsia Group pada Isnin mengumumkan ia telah menutup operasi Jepun berikutan kesan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#AirAsia India
#tutup operasi
#menteri penerbangan
#masalah dana
#Hardeep Singh Puri
#AirAsia Group
#Tata Sons
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan