awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan beri latihan keusahawan kepada 50,000 graduan tempatan

Bernama
Bernama
31/10/2018
04:39 MYT
Kerajaan akan beri latihan keusahawan kepada 50,000 graduan tempatan
Mohd Redzuan berkata inisiatif tersebut adalah antara usaha kerajaan dalam memupuk sifat keusahawan dalam kalangan golongan muda. - fotoBERNAMA
Kementerian Pembangunan Usahawan akan memberikan latihan keusahawanan kepada kira-kira 50,000 graduan tempatan yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini tetapi tidak menceburinya.
Menterinya, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata inisiatif ini adalah antara usaha kerajaan dalam memupuk sifat keusahawan dalam kalangan golongan muda.
"Inisiatif ini, Program Penajaan Industri (Industry Sponsorship Programme) adalah antara yang dirancang tahun hadapan yang memfokuskan kepada golongan muda sebagai cabaran untuk menukar minda mereka menjadi usahawan muda dan berjaya," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Nor Azrina Surip (PKR-Merbok) berhubung usaha kerajaan dalam meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk bersaing dalam situasi ekonomi semasa.
Mohd Redzuan berkata, terdapat peningkatan pencapaian dari segi kesedaran anak muda di sektor keusahawanan, bagaimanapun peningkatan itu tidak begitu memberasangkan.
"Kementerian sentiasa serius dalam memperkasakanpeniaga kecil dan usahawan muda dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa.
"Terdapat beberapa inisiatif lain yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah pemerkasaan ini," katanya.
Antara program yang dilaksanakan bagi membantu peniaga kecil dan usahawan muda adalah Skim Prosper Usahawan Muda oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, skim yang menawarkan pembiayaan kewangan kepada golongan ini untuk menceburi bidang perniagaan dalam sektor peruncitan dan pengedaran dalam bidang perniagaan yang strategik.
Selain itu, progam Go-Ex anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia bertujuan membantu peniaga kecil dan sederhana mengeksport produk mereka ke pasaran sedia ada dan pasaran baharu.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kementerian Pembangunan Usahawan
#kesejahteraan rakyat
#merancak ekonomi
#Mohd Redzuan Md Yusof
#peniaga
#Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
#Program Penajaan Industri
#rakyat
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan