CYBERJAYA: Kerajaan menjangkakan kutipan hasil cukai akan kembali kepada paras sebelum pandemik COVID-19, sama ada memenuhi atau melebihi sasaran kutipan cukai berjumlah RM139 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata bagi menyokong hasrat ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui pengurusannya perlu merangka pelbagai strategi jangka pendek dan sederhana untuk mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan, dan dalam masa yang sama mengekalkan prestasi yang baik pada masa hadapan.
"Ini termasuklah mengenal pasti sektor ekonomi baharu dan melaksanakan undang-undang percukaian dengan telus, berkesan dan cekap.
"Secara tidak langsung, usaha ini akan meningkatkan kepercayaan Keluarga Malaysia dan memastikan pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab masing-masing," katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil ke-26 di Menara Hasil Cyberjaya, hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Bagi tahun 2021, beliau menjelaskan hasil cukai meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2020, kepada lebih RM140 bilion, manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula meningkat sebanyak 3.1 peratus berbanding penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga akan melaksanakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengumpulan hasil negara.
Sehubungan itu, mulai 2023 semua peniaga yang ingin mendapatkan projek dengan kerajaan perlu mempunyai TCC sebagai salah satu syarat utama, kata Perdana Menteri.
Bagi menambah baik pasaran buruh negara dan memperkasa sektor perniagaan pula, katanya Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan reformasi fiskal, yang melibatkan usaha ke arah sistem percukaian yang lebih cekap dan telus melalui pelbagai sesi libat urus.
"Ke arah ini, kerajaan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal bagi meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan pengurusan fiskal negara," katanya.
Ini termasuk merencana Strategi Hasil Jangka Sederhana (MTRS) yang menekankan sasaran pendapatan yang jelas, sejajar dengan amalan global terbaik, serta sistem cukai yang lebih telus, adil dan saksama berlandaskan penggunaan data raya," jelas Perdana Menteri.
Dalam pada itu, beliau menzahirkan keyakinan mengenai unjuran KDNK bagi tahun 2022 dengan ekonomi negara dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 hingga 6.5 peratus, selari dengan unjuran oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu 5.7 peratus dan Bank Dunia (5.8 peratus).
"Ini akan didorong oleh Bajet 2022 yang mengembang, pemulihan aktiviti ekonomi dan sosial, penyambungan semula projek dengan kesan pengganda yang tinggi, serta permintaan luar yang kukuh akan terus memacu pertumbuhan," katanya.
Pada majlis berkenaan, sebanyak 10 entiti perniagaan turut dianugerahkan Anugerah Pembayar Cukai Terbaik Tahun 2021, antaranya Perodua Sales Sdn Bhd, Hong Leong Bank Bhd, YTY Industry Sdn Bhd dan Nestle Products Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sewaktu merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil ke-26 di Menara Hasil Cyberjaya, hari ini. - Foto BERNAMA
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
SPRM kesan Mohammad Zyed Ibrahim untuk bantu siasatan kes penyeludupan
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu ialah Mohammad Zyed Ibrahim, 38, dengan alamat terakhir di Blok A-17-29 Mesahill Apartment Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Kerajaan jangka hasil cukai melebihi RM139 bilion bagi tahun 2022 - PM
Menyokong hasrat ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui pengurusannya perlu merangka pelbagai strategi jangka pendek dan sederhana untuk mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan.
Kastam Lahad Datu kutip hasil RM150.63 juta tahun 2018
Kementerian Kewangan pada tahun 2014 meluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dengan kos siling RM 23.38 juta.
Rakyat Malaysia berjaya di luar negara disaran bantu bina Malaysia Baharu
Seperti disebut firma pengurusan pelaburan global, Schroders, dalam laporannya bagi Jun, antara masalah yang terus melanda ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad lepas ialah penghijrahan cerdik pandai.
Hasil negara dianggar berkurangan RM21 bilion tahun ini
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kehilangan hasil cukai berasaskan kepenggunaan bersih adalah berjumlah RM17 bilion bagi tahun 2018.
Jumlah pendaftaran e-filing meningkat 12.9 peratus - LHDN
Datuk Sabin Samitah sejak ia dibuka pada 1 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing telah diterima.