Kerajaan sedang mengkaji alternatif baru bagi menggantikan MyEG untuk proses pembaharuan permit pekerja asing bagi mengelakkan berlakunya monopoli.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, syarikat baru itu adalah di bawah Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU).
“Oleh itu, kerajaan sekarang sedang meneliti satu alternatif kepada MyEG, ia di bawah MAMPU dan oleh kerajaan.
“Tetapi ia belum dilaksanakan lagi.. dan tujuannya supaya tidak berlaku monopoli.. itu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat pada Rabu.
Katanya, banyak syarikat telah membentangkan produk mereka pada 2012, dan hanya MyEG yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan apa dikehendaki oleh kerajaan.
“(Syarikat) yang lainnya tidak berkesan,” kata Wan Junaidi lagi.
Sebelum itu, di Dewan Rakyat, Wan Junaidi telah menjawab soalan dari Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang menanyakan mengapa kerajaan masih memberi kontrak kepada MyEG sedangkan sudah ada sistem NERS.
Menjawab soalan tersebut, beliau berkata sistem NERS dan MyEG adalah dua sistem berbeza di mana sistem NERS bertujuan bagi merekodkan biometrik warga asing yang terdiri daripada kategori pelawat.
Manakala, kata Wan Junaidi, pelaksanaan penyeragaman pembaharuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk semua sektor pekerja asing menerusi MyEG adalah bagi membolehkan permit pembaharuan pekerja asing bagi semua sektor akan dibuat secara atas talian.
Jelas beliau, secara dasarnya tujuan ini adalah untuk menangani isu penyelewegan serta persepsi negatif terhadap Jabatan Imigresen.
Tambahnya, ia juga bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan terutama mengurangkan kesesakan di pejabat imigresen.
“Pelaksanaan ini diharap dapat meningkatkan keupayaan untuk meningkatkan kemudahan dan nilai-nilai tambah,” katanya lagi.
Penggunaan khidmat MyEG telah mendapat kritikan beberapa pihak kerana didakwa merumitkan lagi proses membawa pekerja asing ke negara ini, selain bayaran caj RM38 yang dikenakan.
Haider Yutim
Wed Apr 08 2015

Dr Wan Junaidi berkata sistem NERS dan MyEG adalah dua sistem yang berbeza. - Gambar Fail

Angkat sumpah Biden | Cabaran besar memulihkan negara
Joe Biden bakal berdepan pelbagai cabaran besar selepas dirasmikan sebagai Presiden Amerika Syarikat Ke-46 pada 20 Januari ini. Selain menangani pandemik COVID-19 yang membunuh 4 ribu penduduk setiap hari, biden juga perlu menyatukan semula rakyat negara itu, terutama selepas serangan di bangunan capitol pada 6 Januari lalu.

FMM minta kerajaan perluaskan Akta COVID-19 untuk sektor perdagangan dan logistik
Ia bertujuan bagi memulihkan sektor perdagangan dan logistik yang merosot akibat pandemik COVID-19.

PKP | Polis tiada kuasa batalkan kompaun
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan atau mengurangkan kompaun yang dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar Perintah Kawalan Keselamatan (PKP), kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

10 Berita Pilihan - (18 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis, JKNS siasat kes minum arak di pusat kuarantin - Masidi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius isu video tular individu meminum minuman keras di sebuah pusat kuarantin.

COVID-19: Tidak sampai seminggu, China siapkan pusat kuarantin dengan 4,160 bilik
Mengikut perancangan asal, pusat kuarantin yang meliputi kawasan seluas 34 hektar itu hanya akan menempatkan 3,000 buah bilik.

Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Persekolahan secara bersemuka Tabika Kemas ditangguh
Sesi persekolahan Tabika Kemas secara bersemuka di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Portal MYEG permudah usaha pekerja jalani ujian COVID-19
Menerusi portal itu juga, majikan dapat mengesahkan kelayakan pekerja dari segi perlindungan PERKESO dan meneruskan urusan bagi pekerja layak menjalani saringan itu tanpa sebarang bayaran.

MYEG dapat projek sistem pembayaran dalam talian daripada Kementerian Kesihatan
MYEG menerima surat penerimaan daripada Kementerian Kesihatan untuk projek sistem pembayaran dalam talian.

MYEG jelaskan Perkeso bukan rakan kongsi dalam inisiatif saringan COVID-19
Portal sehenti dan sijil digitalnya merupakan satu inisiatif swasta untuk menyediakan opsyen yang lebih mudah kepada majikan Malaysia bagi menguruskan perkara yang berkaitan dengan saringan COVID-19.

Beli keperluan Ramadan, perayaan guna platform e-dagang baharu
Menurut syarikat itu, kemudahan e-sahur dan e-raya sedang dirangka bagi fasa kedua dan ketiga platform tersebut.

DBKL tawar kadar khas kompaun trafik bermula 1 Feb
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik serendah RM15 bermula 1 Feb hingga 3 Mac sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

MyEG terima amaran tidak bayar penalti RM9.46 juta
Selepas penolakan permohonan Semakan Kehakiman MyEG oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Jan, 2019, suruhanjaya itu telah mengarahkan peguamnya menuntut pematuhan perintah.

MyEG masuk pasaran Indonesia
MyEG telah menandatangani MoU dengan PT Cartenz Technology Indonesia untuk melabur dalam penyedia e-Kerajaan terkemuka Indonesia.

MyEG perkenalkan perisian pengurusan gaji berasaskan 'blockchain'
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu berkata, ujian percubaan akan dimulakan di beberapa tempat tidak lama lagi.

Kebergantungan pada orang tengah kendali pengambilan buruh asing dikurangkan
Kementerian Sumber Manusia akan mengurangkan kebergantungan terhadap pihak orang tengah seperti syarikat konsesi MyEG dalam mengendalikan pengambilan buruh asing kerana dilihat tidak relevan.

Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi
Bursa Malaysia kembali dibuka tinggi berikutan kemunculan semula sentimen optimis dan minat belian terhadap saham wajaran tinggi terpilih selepas mengalami kerugian ketara sebel