Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya dalam memastikan ekosistem industri automotif tempatan kekal berdaya tahan, menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Katanya penting untuk menekankan kepentingan industri automotif di Malaysia sebagai industri strategik dalam sektor pembuatan.
"Sejajar dengan aspirasi yang digariskan dalam Dasar Automotif Nasional (NAP), kerajaan komited untuk terus meningkatkan pembangunan sektor ini," kata kementerian itu dalam kenyataan yang dimuat naik dalam webnya pada Isnin.
Menurut kementerian, kerajaan juga sedang mengkaji, dari semua aspek, permohonan yang dibuat oleh pengeluar kereta tempatan, Proton, untuk pinjaman mudah.
Katanya walaupun status Proton sebagai syarikat persendirian, pertimbangan yang penting dalam proses kajian semula adalah kebajikan 12,000 pekerja pengeluar kereta itu dan lebih 47,000 pekerja yang diambil oleh 350 pengeluar alat ganti dan komponen serta vendor sokongan dan berkaitan perkhidmatan syarikat itu.
"Permohonan Proton bagi bantuan kewangan daripada kerajaan akan dinilai dalam konteks matlamat negara yang lebih besar.
"Kedudukan syarikat sebagai antara projek kereta nasional akan diambil kira, begitu juga keperluan sebenar dan mendesak bagi Proton untuk melaksanakan yang mampan -- walaupun sukar -- pelan penstrukturan semula yang akan memastikan daya maju ekonominya dalam tempoh jangka panjang," katanya.
Bernama
Tue Apr 05 2016
MITI: Penting untuk menekankan kepentingan industri automotif di Malaysia sebagai industri strategik dalam sektor pembuatan. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
NAP 2020 dilancar 21 Februari ini - Darell
Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 akan dilancarkan pada 21 Februari ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kereta nasional ke-3 tidak bercanggah polisi kurangkan kesesakan jalan raya
Ini kerana kerajaan akan meneruskan rancangan menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien untuk mengurangkan kesesakan.
Kerajaan komited pastikan ekosistem industri automotif tempatan berdaya tahan
Katanya penting untuk menekankan kepentingan industri automotif di Malaysia sebagai industri strategik dalam sektor pembuatan.
NAP: Pengurangan harga kereta antara tumpuan utama
Sasaran yang ditetapkan adalah pengurangan harga kereta sekitar 20 hingga 30 peratus menjelang 2017 yang mampu dicapai menerusi liberalisasi industri automotif.